CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 21, 2009

Antara Anjing Dengan Awek Korang


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"?

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)


15 Orang Terkentut:

::ZeRoX:: said...

eekkk...!!

klu anjing dh mughallazah, klu dgn yg bkn mahram, xtreme mughallazah tuh!! xtreme dosanya tuh!! perghh..!!

p/s: cm kt myspace..;p

amiza said...

artikel ni dari blog mySpace aku larh.
tapi aku dah tutup blog toh..
mg kenal hax..

Danial said...

h0h0...
bqu tingt,,
ak pnah bca kt blog myspace ang ler..
hehe!!

amiza said...

haa tawu pun..ish..sat zerox sat danial...

haziq mimie said...

wohh like this entry ! betul2 kita sokong ckp lembu tu ! hahaah ;p

Pesona Algebra said...

hahaha tq mimie, kewl .

shekyn chipsmore said...

gila besh entry hg...hahaha..ak pown terasa tahapo 10^^

Pesona Algebra said...

hahaha..kongsi kongsi kong sini taw :)

shafmechy said...

single is the best..hehe

Pesona Algebra said...

hehe yup, thats tru !

nazirul mubin said...

yea... single is better...
hmm... hahahahahaha...
nice post......

ekmal said...

kalau gf berperangai buruk baru la anjing namanya

fiey said...

entry yg best :)

Dr Love said...

perkongsian terbaekk...teruskan..bagus pendedahan mcm ni

ayat "pandai mcm lembu" mampu buat saya ketawa tiba2.

Warna Kehidupan Setiap Manusia

Na stand for Sodium said...

kentut kurap yg ke 15

lawak la entri ni...
nampaknya haiwan lagi pandai dari manusia..patutnya anjing tu awal awal gigit couple tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD