CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 15, 2010

Justin Bieber dibunuh.


KISAH terbaru ini pastinya akan mengejutkan jutaan peminat Justin Bieber di seluruh dunia. Satu berita yang sangat mengejutkan dan pastinya ramai yang akan menangisi kehilangan penyanyi tersebut setelah mati dibunuh.


Bagaimanapun, para peminatnya tidak perlu berasa sedih atas pemergiaannya kerana kematian Justin sebenarnya hanya terjadi dalam salah satu episod dalam rancangan kartun South Park. Kartun berkenaan sememangnya cukup kontroversi kerana kerap memaparkan adegan ganas.

Dalam salah satu rancangan kartun tersebut, penyanyi cilik itu telah dibunuh oleh seekor raksasa ganas yang menyerangnya sewaktu beraksi dalam satu persembahan konsert ketika sedang menyanyikan lagi popularnya, Baby.

Raksasa yang dikenali sebagai Coon itu telah mengepit kepala Justin dengan jarinya sehingga pecah dan kemudian berlalu begitu sahaja setelah membunuh penyanyi tersebut dengan berasa bangga.

"Negara ini akhirnya akan terhindar dari segala kejahatan, tetapi apa yang paling penting sekali adalah dapat memusnahkan musuh yang paling jahat iaitu Justin Bieber. Untuk menyelamatkan dunia, makhluk kecil ini harus dimusnahkan," ujar Coon yang pastinya mampu mendatangkan kemarahan penyanyi berkenaan.

Kosmo
15 November 2010

3 Orang Terkentut:

MOH KEMBARA said...

Salam Adik Aimi, salam perkenalan...ziarah balas. He he...sapa budak Bibier ni? Takperlah watak dia kena bunuh, doesn't concern us. Minat ke dia ni? Cikgu ingat dia akan bertahan lagi 3-4 tahun jer bila cuteness dia abis. Normally they don't last long, macam bandboys.

nuR izyan said...

hu3...dia dibunuh tak kisah lah...bkn kite mnt pon bdk kecik nih..hahaha..

Aimi Amiza said...

hahaaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD