CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 14, 2011

Dimana Subuh Kita?


Satu peraturan baru di hostel memestikan kami solat subuh secara berjemaah. Seraya dengan itu jugakk ada yang sampai keluar hostel sebab tak tahan. Aku tak nyatakan nama jadi takde sebab nak terasa okay. Betapa jahilnya aku sebab tak turun berjemaah sebab:

1. Ambil masa yang agak lama.
2. Lagipun ada kelas pagi tu.
3. Aku bangun awal pagi untuk study tetiba jadik takde masa pulak.
(bukan study pun, bangun awal untuk terus tidur) :P

Jadi aku harap lepas ni aku boleh ikhlaskan hati untuk semua nih .
Aku selongkar laman-laman web dan terjumpa eni .

Antara kelebihan solat subuh berjemaah

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD