CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 30, 2011

Dear ;

Seorang lelaki yang bernama Suami. I’m waiting for you and I miss you very much.
HAHAHA. Over dok?

Cincin tu buatkan aku rasa dekat dengan my Mom. Penang-Jitra. (Memang dekat pun)
Jyeahh, jangan cakap aku desperate nak kahwin sudahhh sebab ada lah sorang hamba Allah ni cakap aku desperate nak couple, entahhla mungkin dia tak senang tengok aku kawan dengan sapa-sapa kort. Kalau aku ni desperate sangat dah lama aku layan sorang boya fren, bukan takda orang mau kat aku, HAHAHA. Awat aku ni hodoh sangat ka sampai nak cakap macam tu??? Takkan takde langsung unsur-unsur comel?

Jujur.

 Apa? Hodoh sangat? Tunggu aku block kat Fesbuk! 

Tau la awak tu hot kan. Suka ker aku cerita pasal kau dalam blog ni? Dahlah blog ni glamor, tediaaaa tediaaa depa baca dah. Nasib baik aku tak kejam, kalau tak dah lama aku letak nama dengan nombor matrik kau. Nombor phone sekali.

Aku masih tak percaya lebih-lebih lagi bila terpandang wajah sucimu yang bertopengkan..

Dear future hasben, I’m so sad for what she’ve done  to me, apa lagi, cukuplah takat post ni, kalau awak tahu pun mesti awak marah kan? Sabar yaa dengan apa yang dia katakan padaku ;’)

Ada ala-ala Rozita Che Wan tak? Taubat mati pokok tu lepasni, hihihi.

Moral of the story; Bila nak sangat buruk-burukkan orang, pasti takkan selamat. Ingat. Sebab apa yang diperkatakan tu mungkin akan terbongkar jugak dan akhirnya memakan diri sendiri.
Dan akhirnya, akhir lagi! T______T!
Tiada siapa lagi yang sudi berkawan :’)
Remember.
5:20 p.m
30 Sept 2011
Aimi Amiza
Than;


Thursday, September 22, 2011

Z A L I M

Rutin harian seperti biasa. Tidur tak pernah awal. Bangun? Cuba untuk awal bagi fardhu Subuh.

Ini zalim.

Zalim terhadap diri sendiri. Well I’m trying to be a better person than before. Pernah tak kamu tiba-tiba rasa rindu tapi tak tahu rasa rindu tu pada siapa. Pelik . Macam-macam rasanya.

Sedih.
Tapi tak tahu apa puncanya. Bertanya pada diri sendiri. 
Apakah ?

Cuba.
Memohon maaf kepada yang berkenaan.
Engkau.

Ya.
Engkau~

Juga…


Dear Brain, sorry for overloading you.
Tummy, sorry for the butterflies.
Dear Pillow, sorry for the tears.
Dear Heart, sorry for the damage.


Tuesday, September 20, 2011

Six


Pengajaran dari cerita seorang sahabat, belajarlah menghormati orang lain. Whoever you are, alert with others feeling. Speak politely. So be humble ok. Bukan semua orang boleh terima cara kita.

Tak.

Saya tak tegur kamu.

Ditujukan buat diri sendiri;
Aimi Amiza
12:42 a.m.
21 September 2011
than;

Monday, September 19, 2011

Five

New profile picture
via TUMBLR.com

Sunday, September 18, 2011

Memang kau sorang je yang letih

Kau ingat kau sorang je yang letih.
Aku tak ?

Kau ingat kau sorang je yang mengah.
Aku tak?

Kau ingat kau sorang je yang lelah.
Aku tak?

Aku bosannnn dengar kau merengek tahu takk?
Lagi satu, tak payah la nak bagitau kononnya kau sorang je yang dapat ujian kat dunia ni. 

Target harini; Nak siapkan taking off binaan bumbung dengan kemasannya sekali. Tiktaulahhhh boleh siap ke takk. Mungkin ada budak kelas aku yang dah siap. Aku nehh lengai sikit. Satu-satunya cara nak ubah sikap aku, sila ambil hammer ketuk-ketuk kepala aku. Taubat la haiiihhh Memi, final dah dekat pastu nanti baru nak ngeluh tak cukup tidur la macam-macam penat laaaa. Haihhhhhhhhhh.

Anda tidak perlu emosional.

kerana

Entri mengeluhh ini ditujukan khas buat diri saya sendiri :') 

Saturday, September 17, 2011

Pintu Hati

That day, Aimi dapat call daripada dia, you know who you are and I wonder why? Suaranya letih..tapi letih lagi selama dua tahun menjadi tunggul  =)
Enggan bebel padanya but well I still hold the right to express my feelings on my blog right?

Apakah yang kau cari?


Sekeping hati yang sudah lama tertutup dan masih lagi tertutup dan mungkin..

Akan tertutup buat selamanya..


“Selalulah bersidang di mahkamah hati kerana hati tidak akan pernah berdusta selama  ianya tidak mati”


Friday, September 16, 2011

Sejarah Mungkin Berulang ; Ehsan Tomok New Boyz

Bismillah
Entri kali ni Aimi taknak bebel banyak. Tengah buat taking off just nak rewrite semula. Tiba-tiba rasa itu singgah tak dapat nak menghindar.

Tiba-tiba

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku  mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Sejarah mungkin berulang because I wasn’t prepared. Agak kesal dengan sikap diri sendiri. Semoga ini boleh dijadikan pengajaran untuk masa yang bakal mendatang :’)

Mata yang membunuh.
Sila takut sekarang.
HAHA.
,

Wednesday, September 14, 2011

Sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak melenting

Bismillah.
Storeyyy kali ni aku nak bercerita tentang aku yang terkencing dekat  depan escalator Supermarket. Tak tahan dah….!


Apa?
Aku tak malu korang cakap. Kurang ajar.

Masa tu umur aku empat tahun.
Lagi? Arghhhh Asyik-asyik cerita pasal aku je. Aku bosan! Sekarang aku nak cerita pasal kau.
Ya.

Engkau!
Apa perasaan engkau dengan perbualan ini, engkau bagi pihak yang terkutuk.

“Mana kawan hampa tu, suka tengok dia, cantik”-orang A

“Tapi dia @#$%&^*#*($##@!”-0rang B
(Aku censored sini sebab keji sangat apa yang dia jaja kat orang, aku malu)

“Cantik la dia, pakai tudung apa semua lawa”-orang A

“Tapi pakai pashmina serabut”-orang B

Aimi tu kononnya tak kapel, tapi melayan’-orang B

Kalau korang mesti tensyen kan, tapi aku? Gelak lepas dapat tau. Ada kawan aku yang fikir-fikir sampai pukul  5pagi masih belum pejamkan mata. Tak eloklah macam ni, taknaklahh.  Taknaklah susah hati sangat, tak takut awet tua ke? Apa motif dia cerita keji aku dekat orang? Nak tau kan bagaimana aku boleh tak nangis bila dapat tau hal itu, siap gelak-gelak lagi.. Sorang kawan lelaki kelas aku yang aku selalu ceritakan masalah aku pun bengang bila dapat tau dia kena umpatan terkeji. Aku perempuan? Sudah la eyy. Banyak lagi masalah kau boleh nangis pun, heeeeeeeeh.  Aku tau mungkin aku ni sampah tapi aku bukan jenis macam dia nak dapat simpati tapi buruk-burukkan orang lain. Dan ini bukanlah masanya untuk aku buktikan yang aku ni baik keji ke hape. Cuma kat sini aku nak kongsikan dengan readers bagaimana caranya aku jaga perasaan sendiri untuk tidak bersedih;

Ni cara aku.
1.      1.  First thing, aku tak dengar dialog kedua, aku dengar pujian untuk aku je, dia cakap aku cantik, weeeeeeeeeeee, haha. Gedik. Maaf.

Okay kita serius..

2.       2. Untuk sebab keduanya, ini serius. Kenapa dia nak kutuk sangat? For sure ada kelebihan dalam diri kita yang mana dia takde, sebab tu dia kutuk. Dia mungkin hasad.


Oleh itu readers, aku tak ajar korang riak kat sini. Cubalah bersyukur dengan diri sendiri, banyak kelebihan yang ada pada diri sendiri sampai orang dengki-dengki ni. Aku ada cipta quote baru, jangan curik tau! Lantaklah korang nak cakap aku bajet ke hapeeeeeeeee janji perut aku kenyangg.

; “jadikanlah dirimu ibarat fleksibel curve”

Cuba tukarkan yang negatif kepada positif.Cuba tukarkan kata-kata keji itu pada sudut pandangan yang lain. Meski aku tahu aku pakar motivasi tak bertauliah.  Ini cuma pendapat aku untuk tidak bersedih. Aku takkan biar aku sedih sendiri, aku akan cari penawarnya.

Kerana

Aku wanita gemilang 
 ;p

HAHA

Renungan bersama: 
yang dihina oleh seorang pengemis buta tetapi masih ikhlas menyuapkan makanan kepada pengemis buta itu. Setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w akan membawa makanan untuk pengemis buta itu, Baginda Rasulullah akan menyuapkan makanan tersebut tanpa diketahui oleh pengemis  buta itu. Baginda Rasulullah s.a.w melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.

Bergenang.

Monday, September 12, 2011

Badan je kecik, makan kemain lagi

 

Hari itu, itu hari aku puasa.

Ya puasa ganti.

Aku turun ke kafe untuk beli juadah berbuka, sejurus selepas itu aku ke tempat jual air, aku disapa, abang kafe tu yang memang suka menyakat.

“Hai makan sampai dua bungkus, badan kecik ja, HAHA”

“Heeeee, ni pun sikit je”. Sambil tersenyumm.  >__<

Tapi dalam hati:
Masalah ke aku nak makan banyak mana pun? Mak aku pun tau aku makan banyak mana! Kang aku tak beli kat kafe dia kang tak laku pulak, ecehhhhh. Padahal kalau aku tak beli kat kafe dia, kat mana lagi aku nak beli makan ye tak? Alamatnya mati kekeringanlah aku. Hehe. Sibuk je ngan banyak mana aku makan dan besaqq mana pun aku!

Frustrated

There must be another way

Cause I believe in taking chances
But who I am to say
What this girl has to do
God, I need some answers...


When I feels like give up,
HOPE whispers






Dingin

Hari ini


suasana pagi yang dingin
membuatkan aku teringat pada suatu pagi
dimana aku mengalami gangguan pernafasan




kerana

cuaca menguasai aku
;p

,

Sunday, September 11, 2011

doley doley

Who's this? 
 this She is Doley Doley.
Dia cantik , saya rasa rendah diri , okay janganlah ketawakan saya  :')
-
-
-

Wanita yang baik
adalah wanita yang bangga dengan dirinya
dia menghormati orang lain
seperti menghormati dirinya sendiri
saya, hormat?

Wanita yang baik adalah
wanita yang kuat
dalam melewati
ranjau-ranjau yang menghadang dalam kehidupannya
saya, kuat?

Wanita yang baik adalah
wanita yang penuh dengan harapan
yang cukup kuat untuk membuatkan
semua harapan dan impian itu menjadi kenyataan
saya. ada harapan?

Wanita yang baik 
mengenal masa lalu
dia mengerti keadaan masa kini
serta bersedia menghadapi masa depan
saya, baik?

We are what we pretend to be, so be careful about what we pretend to be.
"I am not who I pretend to be"

because

I was born an original
I don't want to die a copy
 

Saturday, September 10, 2011

Masa Lalu Tertinggal

aku adalah jari jari memegang roda putar bumi
tenang disisi panikku mengetuk rasa membawaku

disini tersenyum
disatu diri kumelamun
terangi sisi gelapku merenung…
arah menuntunku
sedari langkahku, dicelah bumi ku terpaku
mencari erti hidupku yang baru,
relakan nafasku
kumenunggu datang terang
biarkan gelap menghilang
bantu aku tuk menunggu
roda membawaku

dan kini kubiarkan
masa lalu menghilang
 tanpa beban aku meninggalkan belakang

lalu kubiarkan
masa lalu menghilang
tanpa beban aku meninggalkan belakang



Thursday, September 8, 2011

Aku malu

Refer tajuk. Aku pemalu? Buat yang mengenali aku, Jangan gelak .

Okay, boleh kita mulakan? 
Kawan-kawan yang nak sangat baca post Pulau Terindah, buat aku rasa terharu. tersipu-sipu pun ade sambil pegang baju pusing badan kedepan ke belakang.  
Yang sebenarnya Memi, kau memang suka kan ada unique visitor, lepastu buat-buat tersipu malu, memang nak kena lempang!

Haritu, masa aku berjalan pulang dari kelas, Doley sempat beralih ke arah  belakang
“kami baca blog hampa, best”

Lain hari plak masa aku teman kawan aku pergi bilik JPP, MedeXx menyapa
“hai blogger”

Tak sangka, ada jugak orang baca blog aku yang picisan lagi hingusan, saya Aimi Amiza binti_____Apa? Nama penuh? Mai doploh sen! Dengan rasa rendah dirinya menyatakan blog saya picisan, Wahhhhh tadi kau cakap aku, sekarang saya pulak, tadi kau, satgi hang pulak.. Biar laaa, blog aku kan, aku dah cakap tadi, picisan .

Kalau nak story orang puji memang aku tak ingat sangat nak karang kat sini, lantaklah! Orang yang kutuk pun ada jugak, sepanjang tempoh aku aktif ni,  
ada yang tuduh aku blogger handalan. Sungguh, aku malu. bermacam-macam lagi tuduhan.


 Sampaikan aku tukarkan website kat personal Account aku. Aku malu.





Ada jugak yang cakap aku tipu notification tu, yang sebenarnya aku cuma bertuah di sini sebab di invite menjadi admin. Itu sahaja, dan tiada unsur photoshop pun kat pic di atas sebab notification tu memang tak terusik. Yang ni cerita page aku di invite. Sekarang dah 50k. berguna sangat kalau kau nak promosi barang2 ke hape ke.




Page blog aku sendiri, 4 sure aku tak aktif langsung kat page ni, aku tersilap daftar page tu dengan nama aku sendiri, sebab tu aku malas nak aktif dengan page ni. Lagipun aku ni bukannya artis pun nak ada page-page sendiri ni. Kau ingat artis je boleh ada page? Dasar kolot.  Liker dah 824, aku sayang nak delete, so biarkan sahaja. Liker page aku memang static sebab aku tak promote pun, yang aku perasan, yang like tu pun sebab singgah blog, sebab tu tak banyak.  Tapi yang tak puas hati tu, kenapa? Page tu memang untuk product, tak kisahlah kau nak publishkan website, jual barang ke, jual badan ke (haha, ade ke yang buat?) Cuma ada tolong kawan promote barang dia je, memang laku kat page 50k tu, Aku sayang nak delete page tu sebab nanti bila aku ada kesempatan nak jual barang aku boleh gunakan. Kau tu kolot sangatlah, page memang untuk promosi, faham?

Apa? Tak? Sila belajar  main Fesbukk lagi.
Kau tak puas hati lagi?
Aku rugi tak?  Tak kan?

“Semua benda nak cerita kat blog, show off doe dia ni”

Tak suka? Sila berambus.





Aku cakap berambus!


Ada blogger buatkan Aimi doodle

 Weeeeeee, shukaaanya.. Awat pasepa? Tak percayakah? Tak puas hati lagi sila masuk link bawah ni;


Kalau korang pun nak jugak boleh la request satu kat Ninie ok? Best kan doodle tu. Sebelum ni ada post Aimi tentang doodle.. Tapi tak berkesempatan nak belajar dengan Cik Lina. Cuti raya seminggu memang tak cukup !! Ditambah pulak dengan assignment yang bersepah-sepah :(
Tapi bawak balik jer assignment, bukan buat punn, HAHA.




Gigi kuning I yang menyerlahhh . HAHA.
Tima kacih Ninie.
Salam Ukhwah fillah :')

Wednesday, September 7, 2011

Ayuh

There's a voice that calls me
From somewhere deep inside
A voice that will not give me peace,
Until at least i've tried
To catch that bright elusive star,
Though foolish it may seem
To those not driven as we are
To hold on to a dream.
 
And then that voice inside of me
That others cannot know
Tells me that my chance will come,
That I must not let go.
And you'll know why I had to try
To hold on to my dream.

Entah kenapa semenjak dua menjak ni, rasa malas sangat, padahal nak sangat apa yang diimpikan.

Entah kenapa.


Ayuh..
Serpihan semangat itu












Masih tersisa ..
:'(





Monday, September 5, 2011

It's your day



I’m just creepin here to express my feelings.

Sometimes my feelings are so hot that I have to take the pen and put them out on paper to keep them from setting me afire inside; then all that ink and labor are wasted because I can't print the results.
I’m feelin so hard to say so...
Thank God.


What I’ve wanted  to say just smile :’)

And it’s my day..


Saturday, September 3, 2011

Four






Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011


Assalamualaikum? Jawabjawabjawab! Takut je nak update takut follower dah taknak baca entri Aimi sebab menipu update Kisah Raya di sini.. Follow jugakkan? ishh.

Aimi Nadia merangkap bibik yang tolong ironkan baju kami semua. Rasa macam orang kaya plak, haha.


Inilah masanya untuk menarekk, ronda sekampung ye Bang? Saya tak pedulikkk, janji masyukk..!!


Family first, bring your heart home.

Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada GGL kerana tidak bersama untuk berbuka puasa kerana terlalu seronok berbuka dan bersahur dengan keluarga :)

Terlalu. Bingit. Ini serius.



Alololo, hihi ;)

Haritu Aimi cakap nak kumpul pic kan untuk entri ni tapi kenapa pic sikit pulak? Maaf ek, aksi-aksi kami sesuai untuk tontonan 18 tahun dan ke atas sahaja. Takut reader [s] muntah hijau pulak. Maaf sekali lagi.


 Can you see pic dekat kubur? Ini kerja Aimi Nadia again and again. Haihhhhhh, kat kubur pun dia husung kamera, pic ni dekat Kepala Batas ketika kami menziarahi kubur Tok Wan Chinn.


 Ketika Aimi menadahkan tangan, ada seorang budak laki-laki turut serta entah dari mana arahnya.

Jatuh dari langit? Mungkinkah?

So cute, alang-alang dah ada kamera, apa lagi? Muka budak ni kemerah-merahan tanpa sebarang blusher. Ngehngeh. Perangai dia pun cute kejar-kejar Mak Aimi sebab nak salam, kan dah dapat duit raya, kan budak kan? Kankankan.


Inilah kisah Raya Aimi
dengan Sepasang Kurung Nan Biru. Kisah ini takkan berakhir selagi 
Tuhan sudi pinjamkan nafasNya.
 
Dan


kisah ini takkan pernah sempurna tanpa kehadirannya :') 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD