CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 29, 2011

buktikan blogging semudah kentut di angin lalu

perasan tak aku macam malasmalas nak hupdet belog. kau perasan yang aku hupdet pun tak ikhlas, sapa cakap?
*baling botol kicap**


aku bukan malas. semenjak dua menjak ni, bukan semenjak dua tapi bermenjak-menjak ni memang macam ni. banyak draf beratur nak publish tapi atas beberapa faktor tertentu, aku tak publish :(

1. berdasarkan penulisan bodoh aku kat sini yang berkisarkan pengalaman yang aku lalui, sudah semestinya akan berkaitan dengan orang yang ingin aku jaga hatinya. dan bukan bermaksud nak sakitkan hati sesiapa, tapi aku jugak cuba perbetulkan kesilapan aku. ehhh kalau kau baca older post aku yang sebelum ni, kau terasa kenapa? tak aku letak pun nama kau. apatah lagi nombor ic. lepastu hantar mesej kat kawan aku, "mintak maaf kat aimi"..kan aku cakap aku tak marah pun, sebenarnya aku sendiri rasa malu jadi diri sendiri sebab aku rasa bodoh. sebab tu kau boleh buat kat aku apa-apa sahaja. then bila aku cerita dekat yen dia cakap:

buatlah apepun kat kayu ni, takkan jadi apa-apa pun. dok keras lagi.

cakap lagi cakap lagi cakap lagi. panggil aku kayu lagi! humaaaa. takpe dia taktau, dia bukan suka pun baca blog aku. hiuuuhhhhhh.


2. biasalah aku pun macam orang lain jugak, pergi lepak kat tepi pantai pun aku nak jugak hupdet kat blog. walaupun aku tak berpeluang pergi oversea, seingat aku pegi oversea pun, diusia aku empat tahun kot? betoi dak? tu pun Singapore. hahaha. kalau dapat lepak, pantai pun jadilah, teringin sangat nak letak gambar-gambar aku. tapi considerrr.! aku takut readers muntah hijau tengok muka aku. aku simpan gambar-gambar aku tatap sendiri. lama-lama, topik yang aku nak hupdet tu basi macam tu je.
last-last, aku merajuk sorang-sorang.


letak Taman Hutan kat belakang rumah aku pun jadi la nohhh?




3. "aimi tu taknak ke hupdet pasal bf dia?"

never make a permanent decisions on temporary feelings
aku yang rapuh, mungkin harini aku cakap lain, esok mungkin hati aku berubah? siapa tahu. aku sendiri takut dengan apa yang aku tulis. sebenarnya ada ja draf pasal dia tapi aku tak publish. simpan punya simpan, tak publish. bacalah aku sorang-sorang. aku pernah buat post pasal ikmal kot? sory ah tertaip plak nama kau, habistu aku nak taip apa? takkan meon kot. aku tak pernah bercinta dengan meon ok.  seriously aku teringin nak upload gambar sweet tu, macam orang lain, dah banyak kali aku fikir tapi tak jadi, kat sini aku nak mintak maaf siap-siap manatau suatu hari nanti aku ter'upload. haha. kau tengok pic tu pastu senyum sorang-sorang sudah Memy ye. semua nak letak blog!! haduhh. tak payah nak show off sangat Memy. (tergedik-gedik)

**waaaa, nak letak nak letak ! nak jugak**


4. buktikan blogging semudah kentut di angin lalu.

kau kalau blogger ada tak jadi simptom sawan babi
**sapa cakap aku mencarut? aku dah gali lubang kubur. 
ohh baru kau tau aku ganas?


Pernah tak kau jadi simptom macam aku ni, kepala benjol terhantuk kat pagar besi pun nak cerita dekat blog. konon manja.


**geli.

Maka dengan itulah ada sesetengah blogger yang sanggup usung buku nota dan pen untuk terus catatkan idea yang mencurah-curah. kemana saja usung pen dan buku nota, sikap yang positif begitu ya bang long tapi janganlah kalau nak berak pun sampai nak kena husung segala benda alah tu, bila aku cakap sikap positif macam tu, beragaklah sikit ok. tapi aku lain sikit. aku usung henpon, moden sikit daripada kau, dapat idea terus masuk draf. tapi apapun boleh. kalau takda pen sangat pun lakar atas pasir pun takpa.

sekadar hiasan , gambar asal kena hack! wadeheck !

draf aku yang bodoh, yang kebanyakan tak publish dan bila aku baca balik, aku akan gelak sorang-sorang. sebab tu aku malu bila orang cakap pasal blog aku.


sebenarnya entri ni aku nak cakap pasal sense of humour, tapi cabang dia banyak sangat, terkeluar topik pulak. sense of humour nanti masuk post lain ah. kau kalau baca blog aku mesti kau akan cakap aku ni kuat bebel macam maknenek kan? tapi kau salah, aku bebel kat blog je. ada orang cakap aku ni pendiam, tapi sebenarnya diorang yang pekak.


.

0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD