CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 16, 2012

di luar kotak pemikiran


tanggal hari itu, kepulangan aku dari tempat kerja nampaknya lebih awal daripada biasa, matahari sedang melabuhkan tirainya dengan kemilau cahaya yang terang, tidak seperti sebelumnya, terkadang hampir senja, pernah malam aku sampai ke rumah.

PELUANG

aku terfikir akan jalan itu
the road was taken


"mungkin hari ini adalah satu-satunya hari di mana aku berpeluang melalui kenangan itu"

bimbang zaman remajaku tidak akan boleh dilalui lagi, tanpa membuang masa, aku terus melalui jalan itu, kenangan itu terimbau tanpa disengajakan tetapi pemikiranlah yang memilih supaya semuanya berulang. pada tempat yang terbiasa, aku jalani hidup seperti biasa tetapi hari ini. terpandang bayang wajah kelmarin, hati bagai luruh.

pemikiran terhenti pada satu wajah di mana aku rasakan kenangan itu sedang dijalani. ya Allah, ini sama. sama. persis di jalanan itu.


andai aku dapat putarkan masa dan baiki kenangan itu, akan aku cuba dan jaga. dan jaga kenangan yang aku sayang. begitu juga seterusnya, tika aku tersilap, akan aku perbaiki dan tinggal bersama kenangan yang terpilih. begitu juga seterusnya. akan aku ubah pabila jelmanya kesilapan. tetapi, tanpa aku sedar, kesilapan itulah yang membuatkan kaki aku masih berdiri di sini.

teruja memikirkan pemikiran di luar kotak pemikiran hingga aku lupa, hilang rasanya gelabah diekori penunggang misteri..



3 Orang Terkentut:

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) said...

tumpang kentut

emira shafiqa said...

hye , fiqah here . nice blog.sory if menganggu . fiqa dh tinggalkan jejak disini dan telah meng-follow anda. if you don't mind, follow me back yeahh :)

Pesona Algebra said...

hai awak, knpa mengganggu pula?
heeee. tank q (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD