CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 25, 2012

tips penjagaan bibir

bismillah

Rosenah lepas baca post ni, jangan nak Justin Bibiaq sangatla.


sebelum ni ada post tentang penjagaan bibir tanpa gincu, malas nak letak link kat sini sebab aku akan malu bila baca post lama. pelik, malu apa pun tak tau. post tu ada dalam widget popular post cecece, gitau gak (sambil tutup muka)

tadi pergi Cosway dengan Atin, tolong ambil barang Puan ;)
pandangan terhenti kat ruang mekap, geram bila tengok warna gincu yang, erghhh.. tahan pliss tahan...


camna pun, nafsu bergincu terpaksa ditahan sebab masih lagi pegang pesan Mak dari beberapa tahun yang lalu,

 "kakak jangan beli gincu okay"

atas sebaris ayat di atas pastilah ada sebab kenapa Mak larang, kan? 
apa pun alasan, masing masing boleh fikir...

sebelum tu jom kita baca

antara penyebab bibir kering :
1. pencemaran udara dan debu.
2. perubahan suhu membuat bibir pecah.
3. makanan yang terlalu masam atau masin.
4. merokok.
5. kurang minum air putih.
6. bahan kosmetik seperti gincu yang mempunyai kimia.
7. kecenderungan menjilat bibir, air liur terdapat kelenjar enzim yang menyebabkan radang bibir, menjadikan ia lebih kering.

antara cara-cara mengatasi bibir kering :
1. elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama, sinar matahari menyebabkan bibir kering, if can gunakan pelembab bibir yang mengandungi pelindung sinar matahari, pelembab pun aku takde, perempuan apekah ini?
2. sebelum membeli gincu, pastikan kandungannya. sebaiknya mempunyai pelembab.
3. minum banyak air putih.
4. jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam.
5. selain pelembab yang ada di pasaran, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembab.
6. urut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah.
7. sapu marjerin pada bibir sebelum tidur untuk mengekalkan tahap kelembapan bibir.
8. haaa! yang ni aku selalu buat ;

 setiap pagi aku akan berus bibir dengan berus gigi, 
boleh tanggalkan sel kulit mati :)

;
;





sesapa yang suka pakai gincu, kat bawah ni ada link cara nak solek bibir, best !


1 Orang Terkentut:

Anonymous said...

I apologise, but, in my opinion, you are not right. I am assured. Let's discuss it. Write to me in PM, we will talk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD