CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 17, 2012

Kota Keriangan kami

bismillah,

entri ni dirancang 18 hari sebelum berakhir Latihan Industri pada 18 May 2012 dan akan diterbitkan betul betul dengan tarikh 18 May 2012. sebelum tu, segala kekurangan yang ada adalah kerana kaburnya mata pemikiran aku. teguran membina sangatlah aku perlu. bila-bila masa sahaja kita boleh dijemput-Nya tetapi tulisan akan kekal selama-lamanya dan aku taknak tulis sesuatu yang membuatkan aku menderita di sana walau hakikatnya tak semua yang dilalui indah indah belaka. dan sudah semestinya aku akan malu bila baca post yang lama.

=p

maklumat di mana kami menjalani Latihan Industri tak perlu dinyatakan kerana aku ingin menceritakan serba sedikit apa yang pernah kami lalui….:’)


aku berkawan dengan Am (rakan sekerja) dari semester 1 lagi tapi kami tak pernah berjumpa, kami cuma berhubung dalam laman muka buku dan SMS sahaja, tiga semester perkenalan kami tidak pernah bersua sampai… semester tiga, kami dikehendaki mencari tempat Latihan Industri dan aku mendapat tempat yang mana mereka meminta seorang lagi rakan lelaki. memandangkan aku tiada kawan lelaki sekelas yang tinggal di Pulau Pinang, aku teringat sorang kawan yang aku tak pernah jumpa dari PSAS. aku mencadangkan dia menjalani Latihan dengan aku, Am hapy sangat sebab tanpa perlu dia cari, tawaran datang begitu saja plus ada gang kan. sampai suatu hari, aku meminta pengesahan daripada firma tersebut, mereka menyatakan yang mendapat tempat Am sahaja bukan aku. sedihkan? macam kejam pun ada, dah aku dapatkan sorang pekerja lelaki, aku dibuang begitu saja. not bad, aku khabarkan, Am pergi saja, aku akan cari tempat lain, tapi Am tak setuju, mungkin dia rasa bersalah, dia nak jugak LI dengan aku. kali ni Am cakap, biar dia yang cari.


tak beberapa hari lepastu, firma tersebut menelefon aku dan memaklumkan yang aku dan Am mendapat tempat di sana. kejap dapat, kejap tak, apekehenyeyo? tanpa pertimbangan lain, aku setuju saja tapi bukan Am, dia kurang bersetuju. katanya. sudahlah cuba tempat lain tapi alasan aku, kalau tempat lain belum tentu kita boleh LI sama-sama. alang-alang dah dapat tempat, kita setuju saja. maka dengan itu sama-samalah kami LI.

cerita pasal Am aja, Atin camna? Atin ni kawan sekelas je..  kisah dia awal lagi aku post di sini…
http://aimiamiza.blogspot.com/2012/02/kepada-aimi.html




begin with a single step  ;)

sebenarnya post ni dah siap lama dah tapi tak publish pun, selepas beberapa kali pertimbangan nak terbitkan pos ni, aku buang kisah yang tak berapa nak indah dalam post ni. kalau tak, memang panjang karangan aku tapi dipendekkan, itu kisah dugaan, biar la kami yang lalui J

apa gunanya catat kat sini sebab apa pun yang dah berlalu bukan sedih yang akan dikenang, tapi keindahan J




Am cakap
‘’tulah Aimi, Am ajak pi BEQS takmau,




ada lagi no BEQS dalam anset

Am, i’m surry for troubling you about five months.


aku ceritakan kat Atin penyesalan aku bawa Am datang sini, sekurang-kurangnya aku dah menyusahkan hidup dia. Atin cakap ;

“takpelah Aimi, sabar, kita susah masa LI, sapa tahu kita senang masa kerja?”

kata-kata ni aku pegang sampai sekarang…:’)
bukan QS saja yang kami praktiskan di sini, betapa beruntungnya kami..



gambar hiasan ihsan Google

bukan itu sahaja, 6 bulan bekerja gaji kami dapat hari terakhir Latihan Industri dengan cek RM400
jatuh RM66 sebulan. J
ada ja yang merungut dapat gaji sebulan RM100. setiap bulan tu.

sebelum LI, mesti berangan kan, dapat elaun, nak jimat duit PTPTN, tapi kita hanya mampu berangan.

Amm, Atin, mungkin kita rasa dizalimi. mungkin gaji kita murah, tapi ilmu yang kita dapat mahal daripada kawan kawan yang lain.

mungkin di situ adilnya J
bersyukurla, rezeki kita takat itu sahaja.

bole je nak tulis emo. malas nak banyak songeh. muha3.



selamat datang ke Kota Keriangan kami ;’)

bukan Planking.







Atin,
 sampai sekarang Aimi terfikir, kita akan rapat macamni lagikah dekat kelas nanti sebab Aimi akan balik dengan puak sebelum, ingat lagi kan post kepada Aimi, perbezaan pendapat juga adalah salah satu ujian dalam sebuah pertemuan..

Am,
nanti kita balik tempat asal, walaupun kita dah tak belajar sekali, semoga kita tetap saling tolong menolong, macam sebelum ni..

mesti rindu…


=)





0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD