CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 28, 2012

get trip on life


bismillah ;

i begin this journey. 
only He matters other option don't.




Wednesday, September 26, 2012

syukur


-



macam nak nangis pabila  ;
 buat duck face, ada orang lalu bunyikan hon kereta.





 chOyyy~~




















hanya mampu tersenyum 


kerana segala urusan dipermudahkan.
atas rezeki yang tak putus putus.


syukur. 


apa lagi nak dikata. syukur !



Tuesday, September 25, 2012

Fatin Arina


“Aimi.! Aktif la Facebook balik..”
“Aimi tak updet blog ka?”


takda mood nak aktif la Tin, malam tu belek folder, terjumpa gambar-gambar ni, nak tag Atin tapi takda Facebook, updet blog dengan semua ni harap satu masa Atin buka, Atin dapat updet ni.
:-)

5:55 am : Aimi bangun ..
6:10 am : Aimi, bangun! Subuh..

Terima kasih jaga Subuh saya, walaupun sehari masa Aimi tumpang rumah Atin, Aimi takkan lupa. Aimi ingat lagi masa nak habis LI, kita mesej takut sambung belajar nanti kita tak macam dulu lagi kalau kat kelas kan.. macam ni dah cukup Tin, kalau rapat sangat, takut ada plak yang tak kena, kan. Ada masa kita hang out okay? jangan lupa nak roger. macam ni dah cukup bagus. psssst , Ayat Atin yang ni :

“Atin nak Aimi tau yang Atin ikhlas kawan dengan Aimi”

via SMS, hihi.

;D

seriousley , imiss ADS.









Allah, yang kanan comey, geram tengok .




Tuesday, September 11, 2012

senyum je, duit mana?

kisah senyum by Mr. Drama.

;p

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.

Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab.

“Cikgu saya pesan, senyum itu sedekah.

saya takda duit nak sedekah, jadi saya senyum jelah kat tabung tu..
 


=)


oke tak cengini? gigi bukan aurat.


;D


Wednesday, September 5, 2012

Aimi Ai.


hey si Gadis yang Maniss.!
















































senyum di bibir terlukisss..


























ambe mohon, jangan tertipu…

:-/



























































Apa Khabar 360 Sendi Saya?


Biasanya, solat dhuha memang sinonim dengan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kalau setiap hari dibuat, Insya-Allah, lapang jeh hidup ni.

demi duha;

Pak Hamdal, seorang pencari barang terbuang. Dia hidup serba daif bersama isteri dan dua orang anaknya. Anak gadisnya sedang belajar di pesantren (madrasah Islam) dengan biasiswa, manakala anak lelakinya masih bersekolah menengah. Kehidupannya penuh dengan hinaan dan caci maki dari orang-orang sekeliling dek kerana kedaifannya. Tapi, Pak Hamdal tak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Pak Hamdal menunaikan solat duha setiap hari, tandanya sebagai sedekah kepada 360 sendi tubuhnya.


terpegun dengan kata-kata Pak Hamdal…

“Kita perlu melakukan sedekah, walau terhadap sendi-sendi kita sekalipun… kerana ketika di Padang Masyar kelak, tatkala mulut terkunci untuk berkata-kata… sendi-sendi inilah antara yang akan menjawab persoalan dari Allah… maka dengan itu bersedekahlah kepada setiap sendi-sendi kita dengan melakukan solat Dhuha.



Badan yang Aimi pinjam dan sewa dari Allah ni....
apa yang Aimi dah gunakan? untuk tujuan kebajikan? atau sebaliknya. Kesian kat sendi-sendi badan ni. Kalau nak ikutkan, kena buat 360 kebajikan sebagai bayaran kepada sendi-sendi yang kita sewa ni, tapi solat duha dua rakaat sudah mencukupi sebagai sedekah kepada sendi-sendi, Insya Allah.


saja buh gambar ni sebab ada matahari senja tu,
macam sama jeh dengan waktu matahari naik ;
demi dhuha
hikhikhik.
;D

Pak Hamdal bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Ilham. Ilham seorang pemuda yang terumbang-ambing hidupnya selepas kematian kekasihnya. Sejak dulu memang hidupnya bebas dan tak kisah halal dan haram, sementelah ibu bapanya juga tidak kisah bab-bab agama terutamanya solat. Sejak Ilham bertemu Pak Hamdal, dia terbuka pintu hati untuk berubah. Dia ambil keputusan untuk belajar di madrasah bersama kawan lamanya, Irham. Di sana, dia jatuh hati pada Marhamah, seorang ustazah yang cerdik pandai dan cantik. Tetapi, dia tidak berani mendekati gadis itu, sedari dirinya tidak layak untuk bergandingan bersama ustazah rupawan lagi bijaksana.

Semuanya berkenaan solat duha.
Yakin dengan Allah, bukan dengan makhluk.
Minta dengan Allah, bukan dengan makhluk.

Soal rezeki semua asalkan kita berusaha dan tawakal, insya-Allah sentiasa cukup. Dalam cerita ni juga, dikatakan doa orang yang teraniaya insya-Allah dimakbulkan Allah. So, beware ye. Hehe, semoga yang teraniaya mendoakan yang baik-baik sahaja. 


Demi Duha
Penulis : Muhammad Makhdlori
Terbitan : PTS


Ada satu babak dalam novel ni, Pak Hamdal terjumpa dompet yang dicuri oleh penyangak. Isteri Pak Hamdal mendesaknya menggunakan duit itu untuk kegunaan mereka. Pak Hamdal serba salah. Dalam masa yang sama, dia teringatkan kekuasaan Allah. Walaupun mereka miskin, tapi janganlah miskin hati. Bukan alasan miskin, untuk dia mencuri hak orang lain. Akhirnya, isterinya mengalah dan kesal dengan kata-katanya. Pak Hamdal ambik keputusan untuk pulangkan dompet tu pada tuan punya. Memang susah nak tetapkan hati, kalau memang takda duit, jumpa pulak duit banyak, tak tahu siapa punya.

Tips untuk murah rezeki juga ialah dengan solat dhuha. tak semestinya murah rezeki dari segi rumah besar, bisnes besar semua. ada juga yang Allah bagi macam tu. Tapi, ada juga yang miskin tapi murah rezeki. Murah rezeki ni luas maknanya - duit sentiasa cukup, makan pun cukup, hati sentiasa gembira dan tenang, keluarga bahagia, sentiasa diberi petunjuk daripada Allah, urusan dunia dan akhirat dipermudahkan. Bukan tertumpu pada duit yang banyak jeh.

Novel ni juga mengajar kita supaya tak berdendam. Apabila kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka yang membalas sama saja tarafnya dengan si pelaku..

setiap detik kehidupan lelaki itu berisi penderitaan semata-mata. meskipun miskin harta, Pak Hamdal tidak pernah mengeluh termasuklah ketika dia dan keluarganya dicaci, dianiaya sehingga dia dihukum penjara. namun, pada waktu matahari naik sepenggalah, nikmat solat dhuha membasuh seluruh laranya. menerbangkannya ke puncak penghambaan yang sempurna di hadapan Sang Khaliq. rahsia ketenangan Pak Hamdal yang dikagumi watak lain seperti Ilham dan Tuan Saleh terletak pada kesungguhannya menjaga solat dhuha saban hari.


apa khabar 360 sendi kita? 

;)



Monday, September 3, 2012

kisah malaikat bersama-sama orang yang sabar


bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. .meriwayatkan bahawa, satu ketika seorang lelaki sedang mencerca Saidina Abu Bakar r.a. sedang Nabi saw duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Saidina Abu Bakar r.a. dan Nabi saw terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi saw tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a. menjawab cacian itu. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi saw begitu marah, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a. menyusul Nabi saw di belakang dan berkata, “Ya Rasulullah saw, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampak marah dan bangun”.

Nabi saw menjawab, “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihak kamu, tetapi apabila kamu menjawab semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan, oleh kerana itu aku meninggalkan kamu”.  (Hadis Riwayat Ahmad)


“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfal, ayat : 46)



*Semoga kisah ini dapat mengajar kita untuk mengawal kemarahan.


;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD