CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 8, 2013

Malaikat turun berbondong-bondong

bismillah



Di zaman Rasululullah s.a.w ada seorang sahabat yang bernama Usaid. Kelebihan Usaid ialah mempunyai suara yang merdu terutamanya sewaktu dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kebiasaannya dia akan membaca Al-Quran di waktu malam, iaitu sebelum dia melelapkan mata. Pada suatu malam Usaid seperti biasa mengalunkan suara merdunya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Cuma pada malam itu bacaanya agak berbeza dari malam-malam sebelumnya. Ia sungguh merdu dan menyayukan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sedang dia khusyuk membaca tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bising di luar rumahnya.bunyi jeritan kuda peliharaannya benar-benar membingitkan telinga. Namun dia masih tidak memperdulikan suara yg bingit itu dan masih meneruskan bacaannya.

Semakin lama suara jeritan kudanya itu semakin kuat. Usaid mula bimbang,hatinya tertanya-tanya apakah penyebab kudanya itu membuat bising. Namun Usaid masih tidak berhenti-henti membaca Al-Quran sehinggalah bunyi bising itu menjadi tidak terkawal, Usaid menjenguk ke luar tingkap rumahnya dengan perasaan gelisah dan ingin tahu tetapi dia tidak nampak apa-apa yang mencurigakannya. Matanya tiba-tiba mendongak ke langit...dia terkejut melihat di langit seakan-akan awan putih yang bercahaya seolah-olah cahaya lampu berkelipan terang,bergerak untuk turun ke bumi. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat cahaya putih terang seperti itu yang bergerak-gerak.kini Usaid menemukan sebab mengapa kudanya berterusan membuat bising di luar rumah.perasaan Usaid menjadi sangat takut,dan dia tidak jadi meneruskan bacaan Al-Qurannya,malah terus masuk tidur.

Keesokkannya Usaid pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan kejadian yang dialaminya malam tadi. Rasulullah s.a.w tersenyum dan menjawab "wahai Usaid,itulah para malaikat.mereka turun kerana mendengar suara bacaanmu yang sungguh merdu. Sekiranya engkau meneruskan bacaanmu hingga ke subuh, nescaya orang lain juga akan dapat melihat para malaikat tersebut". 



0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD