CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 15, 2013

Indeed #2



"The creation of the Heavens and the Earth is indeed greater than the creation of mankind; yet, most of mankind know not." 
[Al-Qur'an 40:57]. 


selamatkah kita, perempuan?



bismillah ;

 ni kisah beberapa bulan lepas daa, tapi baru rajin nak menulis sebab tak bolih tidur ni.. 4:30 pagi see? ummm.  ceritanya begini… masa tu minggu study week untuk final exam… kelas Structure if am not mistaken..  yup kelas Stucture laa. lecturer Aimi keluar g pejabat nak potostat kertas test, Aimi lari ke belakang bagi beg kat kawan suruh jaga beg Aimi. Aimi nak g toilet sebenarnya, tak tahan dah, hahaha.

nak dijadikan cerita kawan yang Aimi suruh jaga beg tu pun nak ikut gak.. dia pun nak g tandas sama, bolih laa. di pertengahan jalan nak g tandas, Aimi selisih dengan sorang laki ni.. Aimi pun senyum la, rasa macam kenal selalu nampak kat kafe dengan CC. dia tak pandang Aimi langsung, dia jalan cepat cepat, cemas cemas macam something wrong, nvm. dia mungkin kejar sesuatu.
sampai ke toilet, biasalah. habis semua keluar nak balik kelas, Aimi jalan pandang depan, sampai kat tangga Aimi terpandang ada orang kat tangga tu tengah tunggu, terkejut sangat bila nampak kelakuan dia yang tak senonoh tu. dia dah londehkan seluarnya dan tunjukkan apa yang sepatutnya laki malu. kawan Aimi tak pandang arah tangga masa tu. masa Aimi ternampak tu Aimi blur, lama jugak Aimi blur, bila Aimi nak gitau kawan, laki terus lari. lelaki tu berjaket hitam, yup...



tahu tak laki tu lah laki yang Aimi selisih masa nak g toilet tadi, yang cemas cemas tu, rupanya dia memang dah plan rasanya… dia memang dah ikut awal dari Aimi g toilet. huhuhuh,, balik bilik bolih tak nangis bila Aimi ingat Aimi nak g tandas sorang sorang, apa jadi kalau laki tu masuk toilet apa dia buat, Alhamdullillah kawan Aimi nak ikut Aimi g tandas masa tu,  bangunan memang sunyi sebab study week, masa tu kelas Aimi ja yang kat bangunan tu… teringat balik selama ni gerak sorang sorang jaa, nak gi bank sorang, beli barang kat pekan sorang, nangis lagi. ingat kalau dekat dengan abang, nak g mana pun semua abang teman.. sebab jauh dari abang jew


berikutan kejadian tu, nak balik bilik pun asyik terkejut, even masuk toilet asrama perempuan pun terkejut, lepastu nak g bank pun dah ajak kawan, kawan sampai gelak gelak cakap Aimi buang tebiat keluar bawak membe, seminggu nampak laki pun asyik terkejut. mujur masa tu seminggu lagi ja Aimi kat Jitra sebelum cuti sem..


.tak tahu apa motif laki tu samada dia tuntut ilmu pelik atau dia physcho, sebab bila aimi pandang semula arah tangga, dia ghaib, lajunyer lari, haha .tunjuk kemaluan dekat orang macam tu, patutnya malu, lol



~kawan sempat menyakat kat insta


-


~apa yang jadi sekarang ni


-

~nasihat daripada lecturer aimi kat sana, 
klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat


-
-
-


I always work and travel alone. some people are lucky to hav a partner that's always have the time to accompany them. well for me, balik kelas, solat. tinggal telekung tak lipat atas katil, gegas ke pejabat pos, buat itu  ini sebab nak kejar masa. pos barang dengan motor, bayangkan bila berkotak-kotak barang nak kena pos tapi hanya ada motor masa tu, kotak besar-besar pulak. nothing is easy in life. hidup boleh feeling feeling glam, high heels tinggi make up tiga inci. but beneath all that is pure hardwork and perseverance. I don't care if others work a little and gain a lot. I know that i work hard and i will only work harder. If only, all this perogol pembunuh pensyaiton ni takde. all girls would be at much better ease. 


baru Aimi faham kenapa perempuan tak boleh jalan sorang sorang
sebab selama ni rasa bebas, nak jalan ke mana-mana feel free like a baby, takda masalah. langsung. semua nak sorang taknak susahkan orang lain kan... tapi sebagai perempuan kita kena ingat zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. zaman sekarang orang lebih takutkan orang berbanding hantu tahlul. bahlul. tahyul? tak dapat nak hadam bila fikir masa tu kalau kawan Aimi tak ikut sama masa Aimi ke tandas, Allah.

baru Aimi faham kenapa perempuan tak boleh jalan sorang sorang
dekat tempat belajar yang tertutup gitu dan dijaga pengawal keselamatan pun bolih berlaku perkara sebegitu rupa, selamatkah kita, perempuan? 


apa apa pun

"HasbunAllah Wani'mal Wakeel" (3:173)
.Allah alone is sufficient for me 

thanks Allah sebab sudi tolong Aimi ^^
:)



hanya pantai #2


bismillah ;

pabila budak kecik dapat bertemu pantainya... anyonyonyo...
nyonya, nyonya...



guling guling....






Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. 
Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.
- (Riwayat Abu Nuaim) 

dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).


thanks kawan-kawan, bawak aku guling-guling kat pantai... rasanya macam dah lama sangat tak jumpa pantai... wuuuuuuuu
T_T

*nangis*



....at the time of reaching the extremes of difficulty & hardship,  then know that the time for ease has come....

:)

#life
#patient



Gedik ya Rabbi....



Thursday, June 13, 2013

hikmah penciptaan tahi bintang

bismillah,

ada apa pada penciptaan tahi bintang? tahi je pun... macam remeh kan? tak sangka sebnarnya sampai macam tu skali hikmah penciptaan tahi bintang, lepas tonton Tanyalah Ustaz ni, lagi banyak ilmu dapat lagi rasa jahil...

T_T


tahi bintang diturunkan Allah untuk melempar syaitan-syaitan dan Jin yang ingin mengetahui qada dan qadar Allah. apabila syaitan mahu menceroboh langit untuk mencuri berita, malaikat yang menangung arash bertasbih diikuti dengan malaikat yang lain lalu Allah turunkan tahi bintang untuk melempar syaitan dan jin... daripada cerita Ustaz dalam slot Tanyalah Ustaz, syaitan dan jin cuba menceroboh ke langit adalah kerana perjanjian MOU dengan ahli sihir yang ingin mengetahui masa depan mangsa yang disihir iaitu qada dan qadar Allah... so tak perlu percaya pada kata-kata ahli sihir yer sebab Allah sesekali tak benarkan syaitan mencuri maklumat tersebut dari langit lalu Allah lemparkan dengan tahi bintang. subhanAllah... sampai begitu sekali hikmah penciptaan tahi bintang... 31 Ogos banyak tahi bintang turun menurut kajian ahli falak..


........................


Ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan perihal tahi bintang :

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
(Al-Mulk ayat 5)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. Dan Kami Pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam. Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
(Al-Hijr ayat 16-18)

Jin dan syaitan berkata sesama mereka padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
(Al-Jinn ayat 9)


............................


Ada doa melihat tahi bintang menurut Rasulullah :

"Masya-Allah, la-quwata-illa-billah."

Ertinya, apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Begitulah hebat ciptaan-Nya.

:)




Sunday, June 9, 2013

Tasbih Nabi Yunus


“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zhalimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)


ya Allah, jadikanlah aku redha dengan keputusan-Mu, sehingga aku tidak suka meminta percepatkan apa yang Engkau tunda, dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan...


Pengagihan Zakat : Pusat Zakat VS Sendiri

bismillah.
just found tis. baca untuk diri sendiri then teringat nak share, moga bermanfaat...



.....

Memandangkan ramai yang keliru tentang cara untuk mengagihkan zakat - berikut adalah info tentang agihan zakat:

1. Jumhur ulamak mengatakan zakat perlu diserahkan kepada amil yg dilantik oleh pemerintah.

Sabda Rasulullah:
"Serahkanlah zakat kamu kepada pemerintah, walaupun mereka menggunakannya utk minum arak" (HR Baihaqi)

walau bagaiamnapun ulama fikah mensyaratkan harta zakat diberi kpd pemimpin yg adil.

2. Di sisi hukum syarak, mengeluarkan zakat secara terus adalah sah tapi lebih afdal diberi kepada amil yg dilantik kerana ia adalah sunnah.

3. asnaf zakat bukan sahaja fakir miskin tp ada 8 golongan:
- fakir
- miskin
- amil
- gharimin (org yg berhutang)
- muallaf
- hamba mukatab
- ibnu sabil
- fisabilillah

pemberian zakat secara terus biasnaya tertumpu kpd golongan fakir miskin & mengabaikan asnaf yg lain.

4. Kemungkinan pemberian zakat secara terus 'ter-agih' kepada mereka yang bukan asnaf.

5. Menurut Imam Syafie, kalau nak agihkan sendiri, kena agih kepada semua asnaf & kena cari 3 orang utk setiap asnaf.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Labels