CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2014

Dunia.









dunia.

#perempuankecil




Thursday, August 28, 2014

penyebab aku solo sampai sekarang...


bismillah





macam duduk sebelah Gergasi, kata Perempuan Kecil itu.
next mission ---> JAKEL


ini Dr Shamsiah.
salah sorang daripada manusia manusia yang menyayangiku..
kalau ada mana mana laki yang nak kawan dengan aku, Dr. Shamsiah ni akan siasat latar belakang laki tu, kalau laki tu laki yang dia tak suka / tidak memenuhi kriteria, dia akan halang aku dari berkawan... dia cakap jangan kalau dia tak restu

sampai dia pernah katakan :

"Aimi kalau hang nak kawin tapi takda calon, habaq kat aku, aku carikan"

.Dr. Shamsiahlah  penyebab aku solo sampai sekarang...
Zzzzzzzzzzz ,beri alasan untuk tutup segala pertanyaan ,haha


jaga hati untuk Allah..


Firman Allah s.w.t., :

“Mereka dikelilingi pemuda-pemuda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir.” (al-Waqiah: 17-18.)


Wildan Mukhalladun itu untuk siapa?

;)



Wednesday, August 27, 2014

o Allah, I messed up... again



At times, 
so much happens in our lives that maintaining a positive attitude becomes difficult, but it definitely pays to keep trying.


ME: I messed up.. again.
GOD: Come to Me.

ME: I'm worthless.
GOD: Come to Me.

ME: You couldn't possibly love me after what I've done.
GOD: Come to Me.




Wednesday, August 20, 2014

tak payah nak wordless wednesday sangatlah

bismillah ;

godk godek lappy ,jumpa ini  header yang tak dipasang ni, 

-,-

zaman bila entah








Tuesday, August 19, 2014

asalkan bukan construction?


.bismillah ;

,dulu aku benci dengan construction, belajar 3 tahun tapi takmau apply, dapat offer kerja aku tolak, tapi aku hairan dari mana datangnya semua offer tu sedangkan aku tak pernah minta untuk kerja dalam construction,  dapat offer kerja kat KL, masa tu belajar pun tak habis lagi dah dapat offer, aku tak terima offer tu, bagi alasan macam-macam sebab nak elak, cakap nak jadi cleaner lah, orang hairan ada pendidikan tapi nak jadi cleaner. hehehe, hairan, yang dapat offer masa tak habis belajar lagi tu pun aku hairan,  kot dia nak offer kat membe aku hat dekan, aku jangan nak dekan, fail subjek core lagi ada lah, hehehe. Lepastu, dipanggil untuk temuduga di Sungai Petani, pun aku tak pi, lepastu pak nakan rekemen aku kat satu syarikat binaan kat KL, aku tolak dengan alasan takmau keluaq Penang, bapak kerek pompuan ni, tolak macam-macam offer, aku tak ingat offer mana lagi,  tapi yang aku cerita ini yang aku highlight.


2010

.

Zaman belajar dulu pun, sem last,  aku takda mood pon nak habiskan pelajaran aku, masuk kelas main handset, asyik kantoi dengan En Basri ja, huhu, lepastu masa studio work,  orang lain sibuk dengan drawing, aku dengan kawan gitau lecturer kononya nak pergi tandas, padahal kami balik hostel, balik tidur. Tidur itu lebih baik daripada studio work, haha, NATES weh! Konvo pun aku takda hati nak pi, tapi aku sedih ='( 

,,,,,,,,,
Habis belajar, aku kerja macam2, asalkan bukan construction. apa yang tak buat?, kerja kilang lah, kerani lah, berkuli lah, jaga kedai runcit lah, Masa aku kerja dengan mekanik dulu pun, aku dapat bos yang kaki maki, sergah orang saja, memalam tipon sergah orang, pukul 3 pagi pun aku tak tidur sebab terkejut, apa yang aku nampak? Walau aku cuba lari dari construction, kerja yang aku dapat pun pasti ada yang tak kena,  seolah-olah Allah nak hantarkan aku dalam construction,,,,




.
sampai offer tu mai lagi, kali ni Aunty Sarah dari syarikat Property Development & Construction, rezeki ni misteri ek? ?kali ni aku pergi ja temuduga tu sebab aku hairan, kenapa yang dok mai kat aku still construction walaupun dah berkali-kali aku tolak construction, okay done interview, dalam banyak-banyak form interview yang bertindan itu, aku terpilih kat syarikat tu, hehehe? .kau pelik tak? Aunty Sarah siap pesan buat kerja jujur dan amanah. 
Jangan buat kerja lot laq (bahasa Penang) = tak senonoh. 
Ya, aku memang jujur dan amanah tapi Aunty tu macam tau tau yang aku ni buat kerja tak senonoh, hehehe, siap pesan awal awal lagi, tetiba aku teringat kelaku aku zaman study dulu, disebabkan aku takmau further in construction lah aku buat kelaku macam tu. Mau takmau Allah dah tuliskan aku dengan ini, Aunty siap pesan lagi kat aku, huhuhu!

.

!aunty sarah mesej aku dari aku tak sampai opis lagi,  bila aku habis interviu, pesan take care berkali-kali, kirim salam kat Mak, sampai aku di pertengahan jalan nak balik rumah dia telefon bagitau yang aku dapat kerja tu,  she so excited, tapi aku tak rasa apa apa pun, sebab aku dah banyak kecewa, kenangkan doa aku yang tak dijawab, bukan ini yang aku nak. malam dia mesej lagi suruh aku tengok laman web. lepastu dia call pulak bergayut dengan aku, tanya macam mana environment tempat kerja, "rasa-rasanya Aimi boleh sesuaikan diri tak?" MasyaAllah. Kalau orang lain dapat kerja, ada tak orang lain buat macam tu? Ampa nak kerja ampa punya pasai lah, tapi aku? I am welcomed there, MasyaAllah. Bos pun baik yak amat. PemberianNya dtang kepada aku dalam keadaan manja manja...

So which of the favors of your Lord would you deny? 
-ar-Rahman 55:38

akhirnya....... terima saja construction dengan redha,  tak mampu nak tolak lagi,  mungkin rezeki aku tertulis dalam construction,, setiap apa yang jadi pasti ada hikmah, daripada benci jadi suka terus sebab perkara-perkara aneh yang jadi macam ni, pandang ini sebagai limpahan kasih sayangNya, baikkan Allah? Walaupun aku kerek, tolak pemberianNya berkali-kali tapi Dia tetap limpahkan kasih sayangNya tanpa jemu, pasti ada sebab kenapa Allah tujukan  untuk aku, walau sejauh mana aku cuba lari, construction tetap kejar aku 
;)

"Nasihat untuk para sahabat... Kalau kita ada rancangan... Allah juga ada rancangan untuk kita.. Maka semestinya rancangan Allah lebih baik... So jangan bersedih jika rancangan kita tak menjadi...." 






.walaupun dari kos pembinaan tapi rasa macam "starts from zero" huhu , kat dunia ni takda yang bukan ujian pun :) #bismillah 





2014

.semakin meningkat  usia aku, aku semakin mengecik  . 
bukan nak membesaq.
.petanda makin comel.



 .aku tak patut gundah gulana, sedih bila aku ingatkan doa aku yang Allah tak bagi, sebab pemberian yang Allah bagi selama ni aku tolak! Kenapa aku tak ingat semua tu?  Aku sedih fikir doa-doa aku, impian yang aku nak, sedangkan pemberian Dia dengan penuh kasih sayang aku tak terfikir. Yeah,  oh Allah if i lose my hope,  remind me that YOur plans are better than my dreams.

.abis cerita muhung , ikut ampa la nak percaya ka tak .

adiOs.




Monday, August 18, 2014

we are all Al-Qassam

Jadilah kita semua Al-Qassam bermula hari ini





Melihat Al-Qassam daripada aspek gerakan ketenteraan semata-mata adalah satu pandangan sisi yang kurang tepat. Hakikatnya Al-Qassam adalah lebih luas daripada itu.

Kita biasa membaca berkenaan dengan pemilihan ahli-ahli Al-Qassam yang mempunyai syarat-syarat yang amat ketat dan tidak sekadar meliputi kemampuan tubuh badan yang pada kebiasaanya menjadi penilaian gerakan ketenteraan biasa. Al-Qassam menyedari kemampuan tubuh badan tidak menjamin apa-apa tanpa adanya kekuatan ruh dan jiwa, yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan Islam. Dengan kekuatan inilah, para pejuang Islam mampu untuk mengalahkan gerombolan tentera yang lebih ramai dan mempunyai kelengkapan persenjataan yang lebih hebat:


قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ ٱللَّهِ ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah

 (Surah Al-Baqarah: 249)



Kemenangan itu datang daripada Allah SWT, Tuhan sekelian alam yang menyusun segala aturan di bumi dan di langit daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. KepadaNyalah segala yang dilangit dan di bumi, dan tenteraNya bukan sahaja manusia, bahkan segala apa yang berada di langit dan di bumi.

وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Fath :7)



Itulah keyakinan al-Qassam. Al-Qassam mendidik ahlinya untuk menewaskan musuh yang berada dalam setiap jiwa daripada mereka sebelum menewaskan musuh yang berada di luar. Mereka amat yakin orang yang kalah dalam pertempuran di dalam jiwa mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan musuh luaran. Mereka faham seperti mana yang disebut oleh Saidina Umar Al-Khattab dalam sebuah surat yang dihantar kepada Saad bin Abi Waqas yang berada dalam medan peperangan:

فإني آمرك و من معك من الأخيار بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، و أقوى المكيدة في الحرب، و آمرك و من معك أن تكونوا أشد احتراسا من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، و إنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، و لولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، و لا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة، و إلا ننصر عليهم بفضلنا، لن نغلبهم بقوتنا.

Aku  memerintahkan kamu dan orang-orang yang bersama kamu(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara. Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan. Aku (Umar Al-Khattab) memerintahkan kamu dan mereka yang bersamamu supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa para perajurit itu lebih aku takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang. Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat di kalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan musuh dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita. Jika kita sama melakukan maksiat seperti mereka, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kita kerana kekuatan mereka. Jika kita tidak melakukan maksiat (sedangkan mereka melakukannya), maka kita akan menang merana kelebihan tersebut. Sesungguhnya kita tidak akan mampu mengalahkan mereka kerana kekuatan kita”.

Inilah keyakinan al-Qassam. Keyakinan yang sehingga sekarang ini, tentera Isreal dengan segala kekuatan persenjataan mereka tidak dapat mengalahkan tentera Allah ini.

Penjara terbuka Gaza mengajar al-Qassam agar tidak menyerah kalah. Seterusnya, Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini. Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka. Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa-jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka.

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣) لِّيَجۡزِىَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka

(Surah Al-Ahzab 23-24)

Menjadi Al-Qassam adalah bermaksud membebaskan belenggu-belenggu hawa nafsu yang mengikat dalam jiwa kita, yang menghalang kita daripada berasa izzah dengan Islam .Berjihad sebagai seorang Al-Qassam pada seluruh umat Islam di seluruh dunia, bukanlah bermaksud mengangkat senjata persenjataan, tetapi tetap berjuang dan memelihara agama Islam daripada dirobek oleh musuh, sama ada dari sudut fizikalnya mahupun pemikirannya. Jangan salah faham. Kenyataan ini tidak sama sekali menafikan bahawa jihad secara peperangan adalah jihad yang tertinggi. Itu sudah pasti. Hanya jiwa Muslim yang tewas sahaja yang akan menafikannya. Namun, seperti mana kata Imam Hassan al-Banna, wasilah jihad itu pelbagai bersesuaian dengan keadaan dan suasana:

فأولها إنكار القلب، وأعلاها القتال في سبيل الله، وبين ذلك الجهاد باللسان والقلم واليد، وكلمة الحق عند السلطان الجائرولا تحيا الدعوة إلا بالجهاد

Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara kedua martabat ini: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad

Dengarkanlah kata Imam. “Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad”.

Menjadi Al-Qassam kepada kita bermaksud, kita mempunyai jiwa besar dan kental seperti mereka, menyelusuri jalan jihad seperti mereka. . Menjadi al-Qassam kepada kita ialah dengan mengikut jejak langkah mereka, sanggup menyerahkan segalanya untuk kemenangan dan kejayaan Islam, dan kita mestilah juga mempunyai cita-cita syahid seperti mereka.

 عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم -،قَالَ:”مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ”. رواه مسلم

Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’, meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.”

(Riwayat Muslim)

Simbol Al-Qassam bukanlah hanya senjata tetapi jiwa yang merdeka. Simbol al-Qassam bukanlah hanya senjata, tetapi jasad dan nyawa yang telah diberikan untuk dakwah dan jihad Islam ini. Simbol al-Qassam bukan hanya di Palestin, tetapi di seluruh dunia. Pemuda al-Qassam bukan hanya di Palestin. Pemuda al-Qassam juga ada di sini. Al-Qassam bukan hanya lambang senjata semata. Al-Qassam hakikatnya adalah lambang kemulian umat Islam hari ini!


.







Hadirkanlah al-Qassam itu dalam jiwa setiap kita. Kegemilangan Islam pasti akan dijulang apabila setiap seorang daripada kita adalah al-Qassam itu. Laungkan wahai saudara:

#weareallalqassam

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

here


Friday, June 27, 2014

gangguan was-was

bismillah ;

GANGGUAN WAS-WAS

Syaitan telah merosakkan sesetengah orang dengan menjadikan mereka merasa was-was terhadap ibadah mereka seperti was-was ketika berwuduk, solat, puasa dan lain-lain. Sehingga semasa solat ada yang sering berhenti kerana merasa terkencing ataupun terkentut sekalipun dia tidak pasti benarkah begitu. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti dia jangan berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.

Sempena menjelang Ramadan yang mana setiap kita akan membanyakkan ibadah maka pastikan perasaan was-was syaitan itu jangan dituruti.





.astaghfirullah

Monday, June 16, 2014

the secrets of surah Al-Kahfi




.bismillah , subhanAllah
.betapa semua yang kat dunia ni ujian, baik kesenangan ataupun kesusahan

.tak perlu bangga kawan-kawan, harini kita berkuasa, berilmu, berharta berbeza daripada orang lain kerana Allah berikan peluang, bayangkan Allah ambil semula apa yang Dia pernah berikan pada kita... huhu, sederhana indah ;)



Ever wondered why Prophet Muhammad (SAW) asked us to recite Surat Al-Kahf every Friday?
Secrets of Surah Al-Kahf!! MUST READ..

This surah has four stories in it, having some morals, lets see them and understand what they are saying to us:

1) The people of the cave
It's the story of young men who lived in a disbelieving town, so they decided to migrate for the sake of Allah and run away. Allah rewards them with mercy in the cave and protection from the sun - they woke up and found the entire village believers.
Moral: trial of faith

2) The owner of two gardens
A story of a man whom Allah blessed with two beautiful gardens, but the man forgot to thank the one who blessed him with everything and he even dared to doubt Allah regarding the afterlife. So his garden was destroyed - he regretted ,but was too late and his regret did not bene?t him.
Moral: trial of wealth

3) Musa (as) and Khidr (as)
When musa(as) was asked-“who’s the most knowledgeable of the people of earth?”” Musa(as) said: me…,but Allah revealed to him that there’s someone who knows more than him. Musa(as) traveled to the man and learned how the divine wisdom can sometimes be hidden in matters which we perceive as bad.
Moral: trial of knowledge

4) Dhul-qarnayn
It's a story of the great king that was given knowledge and power and was going around the world,helping people and spreading all that’s good. He was able to overcome the problem of Yajooj-Majooj and build a massive dam with the help of people whom he could not even understand.
Moral: trial of power

In the middle of the surah Allah mentions iblees as the one who stirs these trials:
Behold! we said to the angels “bow down to adam”: they bowed down except iblis. he was one of the jinns, and he broke the command of his lord. will ye then take him and his progeny as protectors rather than me? and they are enemies to you! evil would be the exchange for the wrongdoers!

Now let us see what’s the relationship between surat al-kahf and the dajjal (anti-christ)?
Dajjal will appear before day of judgement with the 4 trials:

A) He’ll ask people to worship him and not Allah: trial of faith.
B) He’ll be given powers to start/stop rain and tempt people with his wealth: trial of with his wealth.
C) He’ll trial people with the “knowledge” and news he gives them: trial of knowledge.
D) He’ll control huge parts of the earth: trial of power.

How to survive these trials? 

: The answers are in Surat Al-Kahf:


Survival kit 1: Good companionship
“and keep thy soul content with those who call on their lord morning and evening, seeking his face; and let not thine eyes pass beyond them, seeking the pomp and glitter of this life; no obey any whose heart we have permitted to neglect the remembrance of us, one who follows his own desires, whose case has gone beyond all bounds.” (Surat al-kahf, verse 28)

Survival kit 2: Knowing the truth of this world
“set forth to them the similitude of the life of this world: it is like the rain which we send down from the skies: the earth’s vegetation absorbs it, but soon it becomes dry stubble, which the winds do scatter: it is (only) Allah who prevails over all things” (Surat al-kahf, verse 45)

Survival kit 3: Humbleness.
[Moses] said, "You will find me, if Allah wills, patient, and I will not disobey you in [any] order." (Surat al-kahf, verse 69)

Survival kit 4: Sincerity.
“say: “i am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah whoever expects to meet his lord, let him work righteousness, and, in the worship of his lord, admit no one as partner.” (Surat al- kahf, verse 110)

Survival kit 5: Calling to Allah.
“and recite (and teach) what has been revealed to thee of the book of thy lord: none can change his words, and none wilt thou ? and as a refuge other than him.” (surat al-kahf, verse 27)

Survival kit 6: Remembering the Hereafter.
“ one day we shall remove the mountains, and thou wilt see the earth as a level stretch, and we shall gather them, all together, nor shall we leave out any one of them. and they will be marshalled before thy lord in ranks, (with the announcement), “now have ye come to us (bare) as we created you ?rst: aye, ye thought we shall not ful?l the appointment made to you to meet (us)!”: and the book (of deeds) will be placed (before you); and thou wilt see the sinful in great terror because of what is (recorded) therein; they will say, “ah! woe to us! what a book is this! it leaves out nothing small or great,but takes account thereof !” they will ?nd all that they did, placed before them: and not one will thy lord treat with injustice.” (surat al-kahf, verses 47-49)

here

Thursday, June 12, 2014

pemuda kahfi


.bismillah ;


anak muda yang betul-betul jihad, 
betul-betul jihad ke jalan Allah,

tengok dulu pukul berapa dia bangun pagi.

sebelum subuh kah ?
lima minit lagi nak syuruk kah ?
atau ketika matahari dah tepat-tepat atas kepala?

aku yang mana ? 
*nangis sorang-sorang di sudut penjuru katil.

payah.
memang payah nak bangun awal-awal.
dek selimut, katil empuk, dingin pagi.

jihad melawan hawa nafsu tu paling susah.



Monday, June 9, 2014

kisah ajaib Vivix Shaklee (sirap Shaklee)


bismillah ;

nak tau kisah ajaib ViviX? sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan Vivix Shaklee atau dikenali sebagai sirap Shaklee.

.vivix minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. viviX mmpunyai campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat anti-oksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


  • memperbaiki DNA ,setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. vivix membantu melambatkan proses penuaan  dan melindungi DNA sel tubuh kita 
  • memperbaiki tenaga sel ,semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga ,ini akan menurunkan fungsi sel ,vivix membantu menguatkan sel tubuh
  • membantu meningkatkan fungsi otak ,kardiovaskular ,imuniti ,dan sendi ,semakin tua semakin kita sakit sana sini ,ingatan pun makin pudar ,vivix membantu mngembalikan keremajaan. 




.semasa saya mula-mula berkenalan dengan viviX, saya jumpa banyak vocabulary yang complicated .resveratrol adalah kandungan utama dalam vivix.

apa itu resveratrol?

resveratrol merupakan sejenis anti-oksida yang terdapat dalam buah anggur. anti-oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada berkarat. mengikut kajian klinikal ,resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran ,cahaya matahari  dan pembakaran lemak dalam badan. ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

resveratrol terdapat banyak dalam buah anggur ,yang paling banyak pada kulit buah anggur. ia pada asalnya untuk mengelak anggur daripada diserang kulat atau fungus . dalam banyak - banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai kadar resveratrol yang paling tinggi.



.mashaAllah ,anda perlu tahu anggur yang  hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratrol berbanding yang hidup di kawasan kering . ini kerana bila berada di kawasan yang lembap, anggur sepatutnya  lebih cepat rosak (berkulat) .tapi kerana muscadine ni nak surive ,ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding spesies anggur yang lain .

.di pasaran Malaysia bukan  jenis muscadine, sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur berkulat kat pasaraya. ia menunjukkan kadar resveratrol pada anggur tu tak berapa nak tinggi. teheee.

.sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur muscadine boleh mencecah lebih RM100.

-
-
-
-

.cara mudah untuk dapatkan khasiat resveratrol :

.shaklee telah memudahkan kita untuk mendapatkan khasiat dan kelebihan resveratrol ini dengan pembelian viviX. vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.


.vivix mengandungi 10x ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum 

penyakit yang boleh dirawat dengan resveratrol  :

.alhamdulillah , kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat pnyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer. 

resveratrol sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda :)
malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan vivix shaklee boleh membantu anda kelihatan muda 25 tahun !




.mari kita ikuti kisah ajaib viviX ,alhamdulillah ;

.beliau bekas pembaca berita NTV7 , sekarang bergelar Master di Shaklee, Master Law Chu Hian. gambar kiri pada 8 tahun lepas, beliau dulu penghidap kanser dan lihatlah sekarang....

beliau minum tonik ajaib shaklee (viviX)
.viviX , satu-satunya tonik yang dapat membaik pulih sehingga menembusi ke DNA manusia. 

.pesakit kanser, ViviX ni ikhtiar untuk anda...



.pesakit strok



(klik untuk tumbesaran yang dahsyat)


.bagi perokok tegar, anda boleh ikhtiar berhenti merokok dengan viViX , kata pengguna :
"setelah amalkan ViviX, rokok terasa pahit macam HEMPEDU"




.
.
.

Alhamdulillah , kita hanya berusaha , Allah yang tentukan

ViviX : RM475 (150ml)

;)

.free postage
.free consultation




.Aimi Wellness 
(akta pendaftaran perniagaan PG0316830-H)

.your SID
ID : 889289
012-4033922 : whatsApp / SMS

;)

Tuesday, June 3, 2014

Allah gantikan sakit dan musibah dengan darjat yang tinggi


bismillah ; 

SHARING

Berbual dengan seorang kawan yang selalu ditimpa sakit dan musibah... Dia kata ustaz saya selalu ditimpa sakit. Saya banyak dosa. Nak ampun dosa. Anak-anak dan keluarga pun ditimpa sakit. Macam-macam masalah menimpa...azab buat saya rasanya..Akhirnya ditimpa penyakit yang boleh membawa maut... Saya sedih dan simpati padanya kerana Allah. Pasti sukar jika ditimpa perkara yang sama. Teringat nasihat yang baru saya peroleh kerana mengadu sakit kepada seorang alim. Saya beritahu perkara yang baru saya dengar.. Tuan, sakit bukan sebab dosa.
Tahu tak kenapa selalu sakit? Sakit kerana Allah sayang. Dia terlalu sayang hambanya ini....Ingin memberi kemuliaan dan darjat yang tinggi...tapi darjatnya tidak dapat ditingkatkan dengan amalannya. Cara termudah menunjukkan kasih sayangnya ialah memberi sakit... Kita tidak disuruh minta sakit. Tapi dengan sakit ini ada orang terkejut melihat Allah letakkannya di akhirat bersama orang-orang soleh seperti Nabi-Nabi dan sahabat rhum. Allah terlalu sayang hambanya ini...sebab itu diberikan sakit... 

Disebalik semua musibah ada rahmat besar disebaliknya. Dia terlalu sayang pada kita. Dia buat kerana sayang. Maknanya pasti ada kebaikan yang besar menanti. Dia beri sesuatu atau menahan sesuatu dari kita kerana kebaikan kita... Kembali pada Allah adalah segalanya..wahai seluruh manusia akulah tuhan kamu yang maha bijaksana. Kenapa kamu meninggalkanku? *( kenapa kamu mencari selain dariKu) cuba lihat kejadian diriMu. Adakah aku menzalimiMu?
Ya Allah malunya kami..Maafkanlah kami ya Allah...

-ebit lew. Prokids Ahad Hulu langat 1 Jun 2014




Saturday, May 31, 2014

kisah driver Li Ka-Shing


,bismillah ;

.driver Li Ka Shing - LKS (Jutawan No 1 di Asia ) telah berkhidmat lebih 30 tahun, telah capai umur bersara .LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi dia menolaknya kerana dia sudah ada 20 juta ditangannya .LKS berasa hairan kenapa dia ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .driver beliau berkongsi bahawa ketika dia membawa kereta, LKS selalu membuat pesanan kepada managernya melalui telefon, membeli tanah atau saham yang mana satu... dia cuma ikut 'bodoh2', beli sedikit sana sini .lama kelamaan, dia berjaya mengumpul dana lebih 20 juta


.intipatinya:
.dalam perjalanan hidup, amat penting untuk kita memilih dengan siapa kita bersama ,bak kata pepatah ;

.cari tandas, ikut lalat
.cari bebunga, ikut lelabah
.cari jutaan, ikutlah jutawan !!
.bersama orang yang rajin, Anda tidak akan malas
.bersama orang bertekad anda tak akan murung
.bersama orang yang pintar, Anda jadi luarbiasa !!
.bersama orang yang hebat, anda pasti berjaya !!!

.driver tu sekarang nak pakai driver tak? haha


.there is a PRICE for change, Yes. 
.that's what most of us fear.
.but there is often a much steeper Price for staying the same.
don't worry. you will make mistakes & you will make progress. don't let fear stop you.


".ikut bodoe-bodoe
.buat gila-gila"

-pesan sifu



Tuesday, May 27, 2014

selamat hari guru #2014


.bismillah ;

aimi : haniii, kami mimpi ampa haritu

hani : Hehe, Aimi Ai mimpi apa ? Rindu lah tuuuu

aimi : ,mimpi kita dua main sukan sesama, rabat bukit, hahaha, kat SMKM, macam bestfriend lah

hani : Hehehe, Bila kita dk rabat bukit aimi, bukit mana ni ? bukit kat padang ka bukit kat aspura ? Ohhh, pandai aimi, mimpi rabat bukit aspura lah ni. Hehehe. Aimi praktikal kat penang kan la ni ? dah jumpa rumah sewa haritu ?

aimi : .bukit kat padang lah, buat pa intai Aspura , haha .mimpi waktu dhuha, kami tidur lepas subuh, pfffft. nope, kami tak jadi keja tu, ada job lain

hani :Hehehe, mana nak tau mimpi pi intai aspura ka, ingat time kat padang ingat everytime masuk lompat tinggi dgn lompat jauh mesti neves setiap kali tengok aimi sebab terror sangat, time lari pun antara best moment gak. wehhh lama dah tinggai sekolah

aimi : sirius rindo sangat melompat,

hani : Hehe, suka sangat lompat tinggi, pi lompat belakang rumah,  hehe aimi dapat keja katna ?

aimi : ,sirius, boleh tak kalau time ada sukan, nak p tumpang lompat sat, hahaha, erm, kami pm ampa job tu

hani : Hehe, dah ada kat sana pi jelah time hari sukan, mintak tumpang lompat. hehee:P. erm. okay
here



.hari yang aimi nak pi sekolah, aimi terbaca status Izzati, dia mimpi pi ambik slip SPM kat sekolah, pakat mimpi sekolah semua, rindu sangat kot. huhu



*melawat sekolah
27 May 2014

Cikgu Fadhil : "hang yang lompat tinggi tu kan? awat hang jadi macam ni?"

aaimi tak pasti ayat "jadi macam ni tu apa yang Cikgu Fadhil maksudkan huhu, mungkin aimi lebih kurus berbanding 5 tahun yang lalu

.Cikgu Fadhil tak mengajar aimi pun masa sekolah dulu, dia kenal aimi sebab 2 perkara ni ja

  1. lompat tinggi
  2. budak yang patah tangan masa nak SPM

hahaha, bapak buas masa sekolah dulu, masa aimi kat hospital pun kawan-kawan kelas bagitau Cikgu Fadhil selalu mai 5ik tanya aimi dah masuk kelas ka tidak, yep masa  tu orang akan tertanya-tanya macam na aimi nak buat SPM sedangkan tangan yang menulis patah, okay tu cerita lama.

;)

.masa Cikgu Rani nampak Aimi dengan Tiqah kat sekolah, dia cakap ingatkan nak hantar kad jemputan kahwin, Allah... nak kawin dengan sapani? bakal suami unknown. kahkahkah. ada suami ka takdak ka, wallahualam.


.mai sekolah dengan baju asrama masa form 1, legend tau
guess what? 

.aimi nampak kelibat sorang budak namanya Aimi Amiza sedang berlari-lari kat kawasan tu beberapa tahun yang lalu.

;)


.ada yang dah anak sorang.
,itew belum kawin, wehehe.




.Shafawati anak Cikgu Shaharizan, haha
.dia dari zaman sekolah panggil aimi
"budak takda feeling"

hey gal, hope to see you again, thanks ;)




.kami, 5 tahun yang lalu 


.kami, 2014


-
-
-
-


.selamat hari guru
.back 2 school

.rindu zaman tuuu yang dulu, Dia saja yang tahu rindunya


papaiiii,

adioSss

;)

happy birthday to me #2014


.bismillah ;

.my beday on 26th May, tak screenshot semua pun, karang panjang pulak pos. .thanks! ;)

.kat FB pun private beday, takda yang tahu my birthday, sorang dua wish dekat twitter, pastu berderet pulak wish masuk, semua jadi tau, btw doa  untukku itu pun berbalik kat hangpa, aminnn.

.ada sahabat2 yang istiqamah wish setiap tahun dan setia, hahaha. wish beday pun ada yang istiqamah. itu namanya setia. ;)











hapy beday 

.Aimi Amiza
.Aimi Nadia

hangpa, doa untuk kami dalam hati tau

papaiiii, ai need proper rest


;)




Thursday, May 22, 2014

there's nothing wrong with me



bismillah ;

ALLAH berfirman,
maksudnya: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” 
(Al Baqarah 02:156)

“tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, inna lillahi wa inna ilaihi raajiun. ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya.”
[ Hadis Riwayat Muslim]

heaven knows I tried

.terima kasih atas kata-kata kebencian itu
.alhamdulillah
.syukur





.my weirdness will make me stronger
.my dark side will keep me whole
.my vulnerability will connect me to the rest of our suffering world
.my creativity will set me free


.and there's nothing wrong with me


;)


Tuesday, May 13, 2014

kawan baik aku nangis sebab aku, heyyyy apa lagi yang laki nak????


bismillah

.kemain emo tajuk aku, jap. macam ada yang tak kena dengan tajuk. laki? hidup bergelumang dengan laki, kahkahkah. erk macam pelik pulak bunyik.

.aku tengah serabut nak siapkan manuskrip beberapa hari ja nak kena submit, otak aku kosong sebab aku dah lama gak la tak membaca sibuk lepak kat kedai mamak. tengah "brainstorming" dapat whatsApp dari kawan baik yang aku sayang yang mana namanya aku sebut di hujung sejadah, dapat bayangkan tak macam mana sayangkan orang tu kalau namanya di sebut di hujung sejadah? aku ingin bersahabat dengannya hingga di sana.


*Rogayah dan Meon bukan nama sebenar.

---------------------------------

Rogayah : Aimi aimi aimi

Aku : yaaa

Rogayah : Nk taw citw sedih x...

Aku : .APA?

Rogayah : Meon suka hg.bkn aku. Tahniah Aimi

Aku : apakebendanya semua ni. Aku takda contax dia

Rogayah : Ok itu ja.bye tapi dari dulu dia suka hg. Aku baru taw

Aku : tu dulu la

Rogayah : kesian dia, sebab terpaksa bercinta dengan  aku dulu sedangkan dia suka hang.

Aku : dia gitau apa kat hang ni?

Rogayah : dia bgtau hg cantik. So hg mmg dah taw la dia suka hang. Aku ingat hg xtaw lagi huhu

Aku : Ang lawa lagi, aku tau dia suka aku, pastu ampa kawan. Aku pun buat taktau jelaaa. Ampa makin rapat, aku suka perapi ang dulu2, aku sayang ang tapi ang asyik pay attention kat dia ja, meluat aku!

Rogayah : sorry sbb aku xtaw lak dia suka kat hg, kalau aku tau, xdak nya aku nak kawan dengan dia.

Aku : eh, aku takda perasaan pun kat dia

Rogayah : Aku baru taw,  nak tau punca kami break sebab apa?

Aku : nak

Rogayah : Sbb aku bkak fb dy tgk dy stalk hg ja.. smua tntg hg.so xdk mkna la kn klu aku still troskn prhubungan kmi.. so aku mntk ptus.. bru2 ni Meon msj aku blik.aki mntk dy tros terang n dy mgaku mmg dy stalk hg.aku tny la sbb apa dy selamber ja ckp sbb hg cntik.sje suka2 cuci mata .. klau hg jd aku apa hg nk buat? ?? Aku dh benggong sgt2 skrg..hg kwn baik aku.Meon lak seseorg yg aku prnh syg sgt2. Aku perlukan pendapat, aku dh blur

Aku : ya Rabbi sampai macam tu mamat nl. camna leh detect? Ang jangan nangis k

Rogayah : aku dah puas nangis. Dh puas mendrita. Aku cuma nak pendapat dari hg ja

Aku : kawan baik aku nangis sebab aku... what is this feelink

Rogayah : Aku hrp sgt org yang Meon suka bukan kawan aku...tpi...len jd... pelik cinta ni

Aku : ang syg dia g tak? kalu sayang pun mesti ang rasa nak tumbuk muka aku lepasni

Rogayah : Bkn slh hg pn...knp nak tumbuk hg...tpu la klu aku x sakit hati... Aku sayang dua2.. Aku syg hg, dia pun aku syg... so aku  pun tak tau apa aku kna buat.. kan bagos kalau aku blh ignore ja perasaan aku tu,,,sng ..x menyusahkan org len

Aku : kalu putuskan, masih sayang, take yur time laaah

Rogayah : ??

Aku : fikir dulu sebelum buat keputusan, jangan risau aku mang takda perasaan at dia tapi aku paham hati ang dah dicalar

Rogayah : Mmg hg xdk perasaan. Tpi dia ada perasaan kat hg. Xpala hg bkn fhm apa aku rasa.. sorry bye

Aku : hurm. sorry. aku minta maaf. Tidur la, nangis puas2 harap ang lega



---------------------------------------------


Meon ni seingat aimi, dia pernah ekori aimi nak beli kasut lepas balik dari tuisyen 2008, tak sangka sampai sekarang dia stalk. dah 6 tahun berlalu...


.idk, banyak sad story today.

.lepastu Rogayah dah tak eply whatsApp aimi, whatsApp group dia eply jer , huhuhuhuhuhu .hilang marka aimi tak kisah. hilang kawan yang disebut di hujung sejadah, itu perit.

;'(

.nvm , let she takes her time

.astaghfirullah
.sorry my dear, ai leviyu for sure





Monday, May 12, 2014

hidup di dunia...


Innalillah.

Al-fathihah.
One of my best friends passed away around 230am. Aizat Afid
He got 10A's in SPM 2013. With his Excellent result , we believe he had a bright future.
But then , who knows He will facing Allah SWT this morning.
I'm totally shocked ! and Sad  As being a Muslim , we only can donated Al-fatihah and pray for his next life in hereafter.
I'm not his best friends but he's too friendly .Last year during SPM examination , we studied together and teaching each other.

Dear My Friends who still breathing.Who still can see this beautiful world. Who still alive.

REMEMBER , our achievement for Dunya is NOTHING.
The important are our achievement for the Hereafter !
So , it is compulsary for us to stay FOCUS about "akhirah". Dont left it behind. Yes, we do strive for Dunya and at the same time , we do STRIVE for "akhirah" too.

#STAY_FOCUS_AND_STIVE_FOR_HEREAFTER_TOO.

Dear friends, all the best and good luck in Future. #Ameeen #InsyaAllah —




here


.bismillah ;

.nak share pos ni, subuh tadi adik aimi dikejutkan dengan berita kawannya yang pergi bertemu pencipta-Nya. when srolling down the timeline, saya terbaca pos ini, saya tersentak, apa pun yang kita usahakan di dunia, semoga itu jambatan kita untuk kehidupan yang kekal abadi. jangan bila kita ingat

"alaaa, hidup di dunia tak lama, buat apa aku kaya?''

.jadikan kekayaan itu satu platform untuk kita, sumbang kepada pembangunan ummah, jadikan kekayaan itu satu jambatan untuk meraih redha-Nya. doa. kaya dunia dan akhirat. why??

.sebab kita semua tak tahu bila kita akan dijemput-Nya.

.kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan, jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Maha Pemberi.





brothers #2

bismillah ;


futuras 

;)


kisah pembuat roti yang sentiasa beristighfar


bismillah ;

banyakkan istighfar ketika kita buat kerja.


pada suatu masa,ketika Imam Ahmad bermalam dirumah pembuat roti itu,imam Ahmad melihat si pembuat roti itu bekerja sambil beristighfar,lalu imam ahmad pun bertanya,apakah engkau perolehi dari amalan istighfar mu?

pembuat roti itu menjawab,semua yang aku minta pada Allah,semua Allah tunaikan kecuali 1

bertanya lagi imam Ahmad kepada si pembuat roti itu,apakah permintaan kamu yang belum Allah tunaikan?

maka si pembuat roti itu menjawab, aku masih belum berjumpa dengan Imam Ahmad.

Imam Ahmad pun menjawab, sesungguhnya Allah s.w.t telah pun menunaikan permintaanmu.. lalu si pembuat roti itu pun menangis dan terus memeluk Imam Ahmad



Tuesday, May 6, 2014

selamat tinggal facebook


bismillah

"improve your secret and private life and Allah will improve your public and social life. make matters well betwen you and Allah and Allah will make matters well between you and people. work for the Hereafter, and Allah will be enough for you and your worldy corncerns.


selamat tinggal fesbuk, baru nak ucap, padahal dah lama aku berhenti update. ingat lagi zaman dulu, dalam sehari mesti kena ada status, paling kurang kena ada satu status, kejar apa entah.

sini blog, aku tulis blog pun aku rasa macam aku tulis pastu aku yang baca sendiri, tulis bodo bodo pun takpa, haha. kekadang kat blog aku bahasakan diri 'Aimi', update lain bahasakan diri 'aku' pulak, suka hati hang lah aimi. berapa hari tak cukup tidur ni, sekarang dah nak masuk subuh. bila tak tidur macamni, keesokan hari mesti rasa nak pengsan kan. ketahuilah anda bahawa letih guna otak dan letih guna tenaga ternyata dua letih yang berbeza. dapat job lagi, alhamdulillah. ini bukan pasal untung tapi ini rezeki untuk sumbangkan sesuatu. :)



hey Achap, macam mana lah hang tergerak nak ajak aku,
benda benda tak senonoh pandailah aku mengarang


.banyak job datang tapi tak semua boleh buat serentak, terpaksa tinggalkan kerja untuk fokus apa yang saya pilih. #setiabook dan _______ tettttt, susah ni, moga dipermudahkan :)


"selama ni memang susah dah, why not susah teruk teruk sebelum capai kesenangan, jalan terus!"
-pesan sifu




Sunday, May 4, 2014

17 kebaikan zinc shaklee

.bismillah



kenapa badan kita perlukan zinc? 

badan kita memerlukan vitamin zink sebagai suplement untuk aktiviti metabolisme badan, zink memainkan peranan penting dalam sistem imunisasizink memainkan peranan penting dalam aktiviti metaboslisme badan badan sebagai berikut saya listkan 17 kelebihan zink


  1.  penjagaan kulit : kajian menunjukkan zink berkesan merawat jerawat, ia adalah lebih berkesan  daripada placebo.
  2. ekzema : juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah gangguan keradangan dan masalah kulit yang kronik. ia adalah disebabkan kekurangan zinc dalam badan, zink memainkan peranan penting dalam menyembuhkan jangkitan kronik
  3. jerawat : mineral ini bertindak mengusir jerawat dari kulit. ia bertindak mengawal selia jumlah testoteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan menyebabkan jerawat. zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  4. penyembuhan luka : kekurangan zinc menyebabkan lambat peyembuhan luka, badan manusia memerlukan beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkkan sintesis kolagen lalu membantu penyembuhan luka.
  5. gangguan prostat : kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannnya terdedah keepada kanser. dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan apabila mengalami masalah prostat.
  6. hilang berat badan : zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  7. mengandung / hamil : zinc penting untuk pembiakan dan fungsi DNA. diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  8. pembiakan : bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. sementara di kalangan wanita ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk pringkat kehamilan dan penyusuan.
  9. fungsi biologi : zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera dan penghadaman.
  10. jangkitan : zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberiakan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam melindungi daripada  gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  11. antioksidan : zinc terlibat dalam tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.
  12. aturan enzim : zink merupakan aturan beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  13. kanser : bagi lelaki, zink memainkan peranan penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal yang boleh membawa masalah seperti kanser.
  14. kelesuan kronik : orang yang mengalami keletihan yang kronik, dicadangakan mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. para doktor tidak mencadangkan mengambil ubat-ubatan yang lain untuk menyembuhkan keletihan kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan zink.
  15. botak : pemulihan yang disyorkan oleh doktor adalah pengambilan supplement yang kaya dengan kandungan zinc.
  16. kehilangan tulang : ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang kuat dan keras, oleh sebab itu kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda mengelakkan kehilangan tulang.
  17. buta malam : pengambilan kira-kira 15-450 mg zink akan memperbaiki penglihatan. jadi, anda digalakkan mengambil daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

berapa banyak zink yang anda perlukan ,sila rujuk jadual di bawah :

birth to 6 months
2mg
infants 7-12 months
3mg
children 1-3 years
3mg
children 4-8 years
5mg
children 9-13 years
8mg
teens 14-18 years (boys)
11mg
teens 14-18 years (girls)
9mg
adults (men)
11mg
adults (women)
8mg
pregnant teens
12mg
pregnant women
11mg
breastfeeding teen
13mg
breastfeeding women
12mg


kenapa harus pilih Shaklee?


.klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat


hubungi saya :

Aimi Ai.

.your Shaklee Independent Distributor
ID : 889289
whatsApp : 0124033922



alhamdulillah, semoga bermanfaat ,aimi dah ngantuk ni, hey there! dun forget to recite al-mulk, nuhnite!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Labels