CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 25, 2014

pembinaan istana di syurga bermula di sini

bismillah;

keajaiban dhuha
sharing seorang kawan kepada saya, bercerita tentang youtube 'Ustaz Yusuf Wisatahati' mengenai seorang pengusaha di Indonesia.

"saya mahu bina sebuah istana di syurga. lantas saya istiqomah menunaikan solat dhuha setiap hari 6 rakaat. setiap hari saya akan melakukannya. saya cuma mahu istana di syurga. tetapi Allah swt beri saya 4 buah rumah di dunia."

subhanAllah. masyaAllah.
target akhirat. dapat dunia percuma tanpa diminta.
here.

tapi pembinaan ini untuk mahligai di dunia.



istiqamah dhuha merupakan salah satu amalan yang ganjarannya dijanjikan mahligai di syurga. hidup di dunia tak selamanya, apalah sangat nilainya rumah gah di dunia kelak akan musnah juge.. yukkk! :)

apa yuk yuk?


................................................


golongan yang dijanjikan mahligai di syurga :

ini adalah dari sebuah buku karya Syeikh Muhammad Nuruddin dan Marbu al-Banjari al-Makki yang diterjemahkan oleh saudara Mohd Khairulzahir bin Md. Rawan daripada Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah. di dalam buku ini ada menerangkan tentang 16 golongan yang bakal termasuk dalam golongan seperti tajuk yang dinyatakan di atas.


sudah semestinya tidak seperti dalam gambaran.


golongan2 itu adalah:-


1. orang yang membina masjid
jangan risau, bukanlah kita perlu bina sebuah masjid baru Allah akan binakan sebuah mahligai untuk kita di dalam syurga nanti. sebab kalau begitu, maka orang kaya sahajalah yang mampu. Allah itu adil. Walau sekecil mana pun sumbangan kita dalam pembinaan masjid,, hatta 50 sen sekalipun, jika hanya itulah yang kita mampu dan kita ikhlas melakukannya, maka Allah tetap akan kira. atau kalau kita tidak mampu dari segi wang ringgit, mungkin kita boleh membantu dari segi tenaga.


2. orang yang mengeluarkan kekotoran dari masjid
islam sangat menekankan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan. apatah lagi jika kita menjaga kebersihan rumah Allah. oleh itu, akan datang kalau kita nampak ada habuk, atau batu, atau tahi cicak dalam masjid, kutip dan buanglah ia ditempat yang sesuai. hanya dengan berbuat begini saja Allah sudah janjikan sebuah mahligai untuk kita di syurga nanti. apatah lagi kalau kita membersihkan tandas masjid, menyental kolam untuk berwudhu, atau menyapu seluruh kawasan masjid. jadi, janganlah kita panggil Tok Siak kalau kita nampak ada kekotoran di masjid. bersihkanlah kalau nak mahligai.


3. orang yang memenuhi ruang kekosongan di dalam saf
antara perkara sunat yang penting dan tidak harus diabai dan dilalaikan ialah melurus dan merapatkan saf ketika solat berjemaah. Sebab itu Umar al-Khattab dulu siap lantik orang yang khusus untuk memeriksa saf. beliau takkan memulakan solat berjemaah selagi saf tak lurus. dan dalam bab memenuhi saf ni, kita kena pentingkan diri sendiri. maknanya, kalau kita nampak ada ruang kosong di depan saf kita, janganlah nak baik hati suruh orang sebelah pergi penuhkan. kita kena dulukan diri kita sebab ini perkara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. lainlah kalau kita beratur untuk makan di majlis rumah terbuka, atau ketika beratur untuk naik bas. kalau kita nampak orang yang tua atau uzur, sunat untuk kita dulukan mereka.tapi bab nak penuhkan saf ni kita kena dulukan diri kita.




4. orang yang memelihara 12 rakaat sunat rawatib
solat sunat rawatib ini ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. banyak hadith2 Nabi SAW yang menekankan perihal solat sunat ini. ada riwayat mengatakan bahawa perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti ialah solat. jika didapati solat seseorang hamba itu kurang, akan dilihat pula adakah terdapat solat2 sunat yang dilakukannya dulu, agar dapat menampung kekurangan ini.


5. orang yang memelihara 4 rakaat sebelun fardhu asar
selain subuh, solat asar merupakan solat yang sukar untuk kita lakukan kerana tuntutan kerja. menurut hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Allah SWT mengasihi seseorang yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat fardhu asar.
(aku aimi akui, aku pernah lalui kesukaran untuk asar atas dasar tuntutan kerja.)


6. orang yang menunaikan solat sunat awwabin
solat sunat awwabin ialah solat sunat sama ada 4 rakaat dengan 2 salam, atau 6 rakaat dengan 3 salam, yang dilakukan selepas solat maghrib sebelum kita berkata2. namun ada juga hadith yang mengatakan 20 rakaat. sebenarnya kalau bab2 sunat ni, tak kisahlah berepa rakaat pun. sebab ia bukan wajib. lagi banyak lagilah bagus.



nak bina apani? 
bina badan, haha


7. orang yang mengamalkan solat sunat dhuha
ini adalah solat sunat yang boleh dilakukan bermula sekitar jam 7 pagi dan berakhir sebelum zohor iaitu dalam lingkungan pukul 1 tengah hari. namun yang paling afdhal ialah seperti sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “solat dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). ia boleh dilakukan sekurang2nya 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat. namun menurut sesetengah qaul, i a boleh dilakukan sehinga 12 rakaat.


8. orang yang membaca surah Ad-Dukhan pada hari Jumaat dan malamnya
Ad-Dukhan bermaksud asap. ia dinamakan sedemikian kerana surah ini mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrikin bahawasanya mereka akan ditimpa azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang mengakibatkan kebuluran yang dahsyat kerana menentang Nabi SAW. Ia merupakan surah ke 44 dalam al-Quran dan mengandungi 59 ayat. Antara intipati surah ini ialah:

  • malam al-Quran pertama kali diturunkan.
  • segala perkara yang berhubung kait dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, nasib baik, nasib buruk dan sebagainya
  • bencana kelaparan yang menimpa kaum Quraisy kerana mereka menentang Nabi Muhammad SAW.

sebagai umat islam yang sepatutnya mencintai kehidupan akhirat, amalkanlah membaca surah ini seberapa banyak yang boleh. sebaik-baiknyanya ia dibaca setiap hari.



9. orang yang meninggalkan perbalahan walaupun di pihak yang benar
islam melarang umatnya daripada berbalah di antara satu sama lain sehingga menimbulkan permusuhan. islam juga melarang umatnya menggunakan kekerasan dan paksaan dalam menyampaikan dakwah. Rasulullah SAW memberi jaminan kepada umatnya yang meninggalkan perbalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan boleh menyebabkan terputusnya tali silaturrahim dengan menjanjikan sebuah rumah di dalam syurga.

akan tetapi, sekiranya perdebatan atau perbalahan itu dibuat dengan tujuan untuk memahamkan atau menjelaskan kebenaran dan dilakukan dengan cara yang baik, maka ia amatlah digalakkan. perdebatan seumpama ini merupakan salah satu cara yang dianjurkan dalam berdakwah.


10. orang yang sembahyang  malam pada bulan Ramadhan
Pada bulan Ramadhan, solat sunat dikira sama pahala dengan solat fardhu. solat fardhu pula akan dilipat gandakan pahala sehingga 70 kali ganda berbanding pada bulan2 lain.


11. Orang yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Anas bin Malik meriwayatkan baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada permata yaqut dan zabarjad. Dan dituliskan baginya kelepasan daripada api neraka.


 12. Orang yang beriman dgn Nabi SAW dan Islam serta berhiirah dan berjihad ke jalan Allah
Fadhalah bin 'Abid (ra) meriwayatkan beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

"aku menjadi ketua dan ketualah yang akan membawa masuk ke dalam syurga bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berhijrah, nescaya dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga, dan aku menjadi ketua bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berjihad pada jalan Allah, dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga dan dibinakan baginya sebuah rumah yang mempunyai bilik yang paling tinggi di dalam syurga, maka sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, dan dia tidak sekali-kali meninggalkan kebaikan yang dituntut dan ia mengelak dari berlakunya kejahatan, nescaya ia akan mati sebagaimana yang ia kehendaki"


13. orang yang membaca surah al-Ikhlas
surah yang juga dikenali sebagai surah at-Tauhid ini sangat banyak fadhilatnya. menurut hadith yang diriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhni, sesiapa yang membawa surah al-Ikhlas sehingga tamat sebanyak sepuluh kali, Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. oleh itu, rebut dan carilah keberkatan dengan melakukan sebanyak mungkin amal ibadah mengikut kemampuan kita.




14. orang yang mengamalkan solat dua rakaat selepas Isyak pada waktu tengah malam
anda pasti terasa betapa berat dan sukarnya untuk kita bangun tengah malam untuk bersolat sewaktu orang lain sedang nyenyak tidur. nak ambil wudhu pun sejuk. namun jika kita mampu melakukannya, maka sebuah mahligailah untuk kita di syurga nanti. kerana waktu malam yang hening dan tenang merupakan waktu yang paling baik untuk kita mendampingi Allah.


15. Saidatina Khadijah binti Khuwailid
yang ni bukan golongan sebenarnya, yang ini khas untuk Ummul Mukminin ini yang terlalu besar jasanya terhadap Rasulullah SAW dan Islam. untuk beliau dijanjikan Allah sebuah mahligai yang diperbuat daripada mutiara di syurga nanti.


16. Saidina Umar al-Khattab
yang ini juga bukan golongan. ini khas untuk Amirul Mukminin. beliau dijanjikan Allah sebuah Istana yang diperbuat daripada emas di syurga nanti. jasanya kepada Islam tidak ternilai. hidayah yang Allah berikan kepada beliau untuk memeluk agama yang dibawa oleh Rasulullah ini telah menjadikan Islam kuat dan berani, dan membolehkan Islam berkembang. kehebatan umat tiada taranya sehinggakan Iblis pun takut untuk mendekati beliau.






klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat.




0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD