CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 23, 2014

sundate with gegurls


bismillah,

rindu.


harini dikejutkan siti tru phone call pada pukul 7:48 a.m *jejoget. ahahah. aku dah kunci jam pukul 6:00 a.m tapi snooze. bak kata pepatah arab. "you snooze, you loose." kami plan nak keluar daripada rumah pada pukul 7:00 a.m tapi macam ni jadinya. wella, seriously bila aku sebagai perempuan sedang uzur, disiplin aku memang ke laut. sebab aku fikir aku tak boleh solat, aku tidur suka hati, tak kisah pukul berapa. and i feel like i lost myself, i miss the quran. sepatutnya disiplin tidur awal tu bukan hari boleh solat saja, badan juga perlu rehat yang cukup. cuba.  lagi satu, when i can't recite my favourite surah, aku suka hidangkan jiwa aku dengan lagu yang melekakan, sedar-sedar dari lamunan, jiwa aku kosong sangat. apapun, aku sentiasa cuba elak perkara macam tu... aku tak sepatutnya hidangkan jiwa dengan makanan yang leka.

:)

siti cakap' "takpa hang siap lekas kami tunggu"
baiknya kawan aku, bila tau aku belum breakfast, dorang bawak aku breakfast dulu sebelum dorang kembali ke klinik pakar kulit untuk tunggu turn, huhu.

o Allah, terima kasih pinjamkan aku orang baik-baik. hehe. 


leha : "aimi tu buat muka kesian dia ingat orang nak bagi makanan kat dia?, mai ambik sendiri la.!"

pic atas tu muka sebelum makan, pic bawah dah kenyang, takda beza kan. padanlah orang cakap aku takda perasaan. so leha, kata lagi kat aku. kan aku dah buat betul-betul. hihihi.

.picnic. .sundate. .heaven.


hey am not ready. 
.sundate. .ggl.

selekeh gila aku, entahla. kekadang aku rasa aku lawa, 
kekadang aku rasa aku tak lawa. ahahahah. 

huhu. aku cuma nak lawa di hadapan-Nya.



kawan yang baik tutttttttttttt. haha

.


kat sini aku nak share tips bahagia, ada kena mengena ker dengan tajuk entri? 


eh sukahatilah blog aku.

tips ni aku tersermpak kat FB sorang businesswoman. 

.

*jadilah diri kita sendiri 

motibasi iman 8 - sepuluh sebab hati tidak tenang (siri 1)
pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar dan mempunyai isteri atau suami yang besar.

saya banyak bertemu dengan berbagai golongan, dari yang kaya hingga yang biasa. perkara yang sering ditanyakan ialah:-

"ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa"

kadang-kala mereka meluahkan,

"saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, ustaz ada nasihat tak?"

ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.

ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.

sebab pertama

hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

bagaimana perkara ini boleh berlaku? perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.

hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. dia malu pada jerawat dimukanya. sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. akhirnya hilang ketenangan pada diri. kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. ahh.. tertekan dengan jerawat.

hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. sebab apa? sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. kenapa malu? itukan harta kita. kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. nanti kalau beri lagi alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? itukan telah berlalu. bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

ketenangan inilah kebahagiaan. saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

kerana apa? kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.


....................................



23022014

:)



0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD