CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 30, 2014

doa bulan rejab

.bismillah ;




(klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat)


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

.maksudnya: “ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)


.pada malam 1 Rejab ini, marilah kita semua yang beragama Islam bersama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah SWT .semoga kita semua berkesempatan bertemu Ramadhan yang bakal tiba. 

.insyaAllah 


Tuesday, April 29, 2014

sin



.bismillah ;

\


.i found flaws
.and they were beautifull

-ugly



Sunday, April 27, 2014

sama-sama


.bismillah ;


"TERIMA KASIH MUSLIMAT !!

terima kasih kerana menutup aurat sehingga tutup dada mu , kerana kalian telah membantu kami sang lelaki mengawal hawa nafsu

terima kasih kerana kalian menjadi sedikit sombong , kalian menyelamatkan kami dari semakin menghampiri mu secara tidak terhormat.

terima kasih muslimah kerana kalian tidak melayan mesej-mesej dari kami , kalian menyelamatkn kami dari zina hati

terima kasih muslimah kerana kalian menjaga diri sebelum bernikah, pasti kelak suami mu tidak resah kerana beristerikan wanita yang menjaga kehormatan dirinya.

terima kasih wahai muslimah !

kalian tidak sengaja melenggokkan suara dan tubuh mu.

kerana kalian tahu, kelemahan seorang lelaki pada pujuk rayu seorang gadis

tetapi KETAHUILAH kalian muslimah !!

kalian akan menjadi KEKUATAN buat lelaki SETELAH BERGELAR SEORANG ISTERI RASULULLAH SAYANG AKAN MUSLIMAH

**MUSLIMAH SOLEHAH LEBIH BERHARGA DARI DUNIA DAN SEISINYA"

-Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan


here


Saturday, April 26, 2014

cerita raya 2013


.bismillah ;

.hey

i got nothing to talk to tapi nak jugak menulis lepas godek-godek folder lama , banyak ja gambar yang boleh dibuat caption macam karangan , tapi aimi pilih gambar masa 1st Aidilfitri 2013 ;)



.so this is me .balik sembahyang raya ,patutlah  ada sorang  mamat ni ushar pelik ,mungkin dia heran kenapa teruk sangat awning tudung aimi terpleot sedangkan ini first day raya .tudung adik aimi kot ,tu pun depa dah tak mau pakai .masa tu aimi kat kubur .kubur tok .setiap kali raya ,takmau raya ,nak puasa ja ,boleh macam tu? baju raya pun takmau ada ,ini baju kuliah ,pakai masa raya .tatahu kenapa baju raya is nothin for me .hari raya tapi apa-apa aja .mungkin sebab dah dewasa? .perempuan mesti nak lawa lawa ,perempuan kena kemas-kemas ,jangan sememeh macam aimi .ada macam saya tak? this is not good okay



 .yang menyibuk tu aimi nadirah .iftaruddin kat rumah tok wan .Kepala Batas ,Penang .26th ramadhan 2013 is am not mistaken ,yang pasti masa ni ramadhan dah nak tinggalkan saya .setahun selepas itu baru upload gambar

.takdaa la karangan sangat post ni ,makin dewasa makin takda apa nak cerita ,makin takda rasa



guesss what?

ramadhan is around the corner! *nangis 
.mashaAllah
.donchu feel excited?


.yang masih berhutang tuh paham-paham lah kan ,hewhew

62 days to go



Sunday, April 20, 2014

ini baru betul-betul terowbek


bismillah ;


godek godek lappy ,terserempak dengan gambar-gambar zaman diploma .acewah padahal tak sambung degree pun ,haha

rindunya my roomate ,ya Allah

=')
.kadang dia tengok tempat aimi serabut sangat ,dia yang kemaskan meja .terobek hatiku mengingati segala kebaikannya ,hewhew .tapi gambar hat bawah ni kitew kemas sendiri

.sebelum

.setengah

.selepas


=P


.
.




.rindunya .lama jugak mengadap lappy ni sebab sambil cari gambar masa projek akhir ..gambar tempat tidur dengan drawing .tak jumpa .tak berapa nak ingat sangat macam mana kelam kabut kejar masa time tu dengan nak final, present projek sampai tak tidur atas katil sebab katil semak sangat ,haha .tidur sebelah drawing kat bawah .



.tak sedar dah pukul 4 pagi

T___T

#throwback


Saturday, April 19, 2014

mc collection cover and treatment (mcct)

.bismillah ;


.sorry for the late entry dear  Naturactor Original Jepun Borong
.sesiapa yang pernah guna atau familiar dengan naturactor pasti  tidak asing lagi dengan meiko cosmetics ni,

ni gambar naturactor yang aimi pernah guna dulu.

.cantik sangat effect dia tapi sekarang kita bercerita pasal Meiko Collection Cover and Treatment (mcct),
MC ni adik badik naturactor jugaklah, dah diupgrade. 

inilah rupanya ;








.wangi auww
.sakura bau macam ni ek? hahaha


produk ni dilancarkan pada april 2013 .pihak Naturactor Original Jepun Borong berusaha keras naikkan nama Cover Face MC (Meiko Collection) kat Malaysia so jum jadi pengguna terawal .semua orang tahu kan bila kita guna foundation ni kulit muka kita akan rosak, yelah.. foundation ni tutup cela ajaa. tapi dengan  MCCT, selain cover face, kulit kita dirawat secara minor. so sesapa yang punya kulit sensitif boleh guna mc. tekstur soft, bila pakai tak rasa berat, letak sikit ja kulit dah effect macam kulit patung.

.one more thing apa yang buatkan anda akan stay dengan MC ni adalah ;
bila muka aimi berpeluh, muka akan jadi lebih glow, mungkin sebab mc dah bercampur dengan peluh. perasan tak, kebanyakan foundation yang kita pakai, bila muka berpeluh, foundation terus cair, muka pun jadi bertampung. so hodoh.

.sirius best, setiap kali aimi cuci muka untuk bersihkan muka dari foundation ni, rasa kulit muka makin sihat,  kulit muka rasa lembut , gebu bila pakai. sesuai untuk kegunaan hari-hari, jangan pelik kalau makin hari makin jelita. ;p

.mc collection ni keluaran terbaru meiko cosmetics, betullah cakap orang MC lebih baik daripada naturactor dan octard, aimi tak pernah lagi guna octard, aimi ada baca review pengguna yang octard ni sesuai untuk kulit muka kering, kulit aimi jenis yang berminyak, sensitif. mc suit my sensitive skin :)

.when think back, kenapalah meiko cosmetics ni tak keluarkan mc collection ni awal awal dulu lagi? aimi dah berhabis banyak duit beli macam-macam foundation tapi tak sesuai. *nangis

beli, tak pakai.
beli, tak pakai.
beli, tak pakai.

.sampai kat rumah aimi ada satu kotak aimi simpan barang muka yang aimi beli tapi tak sesuai dengan kulit aimi. see? membazir sangat kan? korang beli mc collection ni tau, recommended sangat, alhamdulillah. kalau meiko cosmetics keluarkan awal-awal mc collection ni, takdelah aimi membazir sampai dah boleh buat muzium barang muka yang tak dipakai. *ehhh hahaha


.luar rumah



.dalam rumah

.haha ,ekot suka hang la aimi ..melaram dalam bilik amir, mujur dia tak balik kerja lagi, ekekek .mata memang macam tu, tak reti lukis, takda eyeliner apa. turun tingkat bawah kot kot boleh jumpa  eyeliner mak, mak pun takda benda alah tu. habis kuat foundation saja, but nvm, senang sikit nak cuci untuk wuduk.

-
-

MCCT ni ada 8 color tones - lebih banyak pilihan warna yang sesuai dengan tone kulit asia. pilihan tone warna adalah seperti berikut:

CF130 Pink base - kulit cerah macam cina
CF140 Natural - kulit cerah melayu
CF141 Natural - kulit cerah melayu
CF150 ocher - kulit hitam manis 
CF151 ocher - kulit sawo matang
CF152 ocher - kulit hitam manis (cerah sikit dari CF150)
CF161 Yellow (eye concealer)
CF171 Green (acne concealer)


.now you can choose your color

Main ingredients : Jojoba oil, VCIP (Persistent oil-soluble Vitamin C Derivative)


.korang boleh beeli kat sini

https://www.facebook.com/naturactororiginaljepunborong?fref=ts

.aimi dah survey, kat sini paling murah, dorang direct terus dari Jepun.

:)



tips aimi :p


  • .disebabkan kulit muka aimi jenis berminyak dan sensitif. aimi lock dulu dengan biore perfect face milk untuk foundation tahan lebih lama. nanti kita review biore perfect face milk pulak tau?
  • disebabkan kulit muka aimi jenis berminyak dan sensitif, kalau tersilap sikit, hmmmm. aimi amalkan memakai bedak sejuk 20 minit sebelum tidur, perasan tak, orang yang pakai bedak sejuk ni kulit muka kurang bermasalah? kalau apa-apa jenis foundation yang tak sesuai pun yang menyebabkan jerawat kat muka, yang jerawat nak naik, bila pakai bedak sejuk jew, jerawat tak jadi naik, haha.

.panjangnya mencarut kat blog, sorry na. apa pa pun thanks layan kebebelan kitew. ='D

ehhhh, satu lagi, korang, mc collection ni full coverage tau, sapu sikit ja dah cukup, tapi bila solat, cuci muka betul-betul k, sebab mc ni melekat kuat kat muka, tahan lama.


.astaghfirullah



Thursday, April 10, 2014

rezeki dari hujung dunia


bismillah ;

.aimi pernah baca status Hilal Asyraf, kalau kita ada impian, keinginan, tulis saja, bila orang lain baca ia akan jadi doa. setahun yang lalu, aimi ada tweet pada seorang pendakwah dari Saudi Arabia, Salman Al-Odah yang menulis buku "How To Disagree"... ( https://twitter.com/salman_alodah ) bagaimana untuk aimi dapatkan buku tersebut. .rasa nak sangat buku tu sebab banyak perkara dalam kehidupan ni yang saya tak setuju tapi takda kekuatan untuk katakan "tidak". mungkin dalam buku tu, ada sesuatu yang baru yang belum kita ketahui.


.agree to disagree
.setahun yang lalu, saya berhasrat memiliki buku ini, 
tiada dalam pasaran di Malaysia.


Aimi tetap bertanya walaupun aimi tahu tweet aimi takkan dilayan memandangkan akaun Salman Al-Odah punya pengikut berjumlah 5.4 million...setahun selepas tweet tu, aimi dapat reply daripada seorang hamba Allah yang membaca pertanyaan aimi. katanya, dia akan cuba dapatkan buku tu. tak kisahlah. tapi pelik jugak, tweet tu dah setahun yang lalu, tweet will sank dalam masa seminggu ja kalau tuan aktif, akaun Salman Al-Oadah plak tu. tweet yang dah setahun ada respon?

lepas dia dapatkan buku  tu, hamba  Allah ni tweet Aimi, dia cakap dia nak kirimkan buku tu kat Aimi so Aimi pun kasi la alamat. tak percaya sangat selagi tak dapat..





.a box of books fly from Saudi Arabia.
by Unknown Muslim.

lebih kurang dua minggu lepas tu, aimi mendapat kiriman dari, seorang hamba Allah terbaca tweet aimi beberapa minggu lepas, aimi bukan hanya dapat sebuah buku, tapi dia kirimkan 9 buah buku. Kebanyakannya tulisan Salman Al Oadah, tulisannya memang bagus. #MashaAllah. .aimi fikir mungkin dia tokay kedai buku di Saudi Arabia. .hehe. dapat. thank you Allah for surprising me. Allah tahu Aimi suka buku genre macam ni, dapat dalam kuantiti yang banyak pulak, nahhhh. baca kau. Aimi tak suka baca novel cinta, cinta yang direka. suka baca buku  motibasi dan islamik sahaja. 



.sekali lagi aimi tweet, dia tak respon langsung, macam syok sendiri plak, hahah. siapakah hamba Allah ni? berapa ratus dia habis untuk ni dia tak peduli pun sebab berkali-kali aimi tweet wish terima kasih dia tak hirau langsung. kita tweet macam karangan , ada tweet seblum ni pun, dia eply dua patah perkataan ajeh. MashaAllah. percayalah kat dunia ni masih ada orang yang berbuat baik tanpa mengharapkan balasan manusia semata-mata. 


.buatkan saya teringat kisah aimi nadia yang menulis status di fb tentang hasratnya untk memiliki terjemahan al quran dalam bahasa inggeris, keinginannya ditunaikan oleh saudara yang membaca statusnya. 

#alhamdulillah


:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Labels