CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 19, 2014

asalkan bukan construction?


.bismillah ;

,dulu aku benci dengan construction, belajar 3 tahun tapi takmau apply, dapat offer kerja aku tolak, tapi aku hairan dari mana datangnya semua offer tu sedangkan aku tak pernah minta untuk kerja dalam construction,  dapat offer kerja kat KL, masa tu belajar pun tak habis lagi dah dapat offer, aku tak terima offer tu, bagi alasan macam-macam sebab nak elak, cakap nak jadi cleaner lah, orang hairan ada pendidikan tapi nak jadi cleaner. hehehe, hairan, yang dapat offer masa tak habis belajar lagi tu pun aku hairan,  kot dia nak offer kat membe aku hat dekan, aku jangan nak dekan, fail subjek core lagi ada lah, hehehe. Lepastu, dipanggil untuk temuduga di Sungai Petani, pun aku tak pi, lepastu pak nakan rekemen aku kat satu syarikat binaan kat KL, aku tolak dengan alasan takmau keluaq Penang, bapak kerek pompuan ni, tolak macam-macam offer, aku tak ingat offer mana lagi,  tapi yang aku cerita ini yang aku highlight.


2010

.

Zaman belajar dulu pun, sem last,  aku takda mood pon nak habiskan pelajaran aku, masuk kelas main handset, asyik kantoi dengan En Basri ja, huhu, lepastu masa studio work,  orang lain sibuk dengan drawing, aku dengan kawan gitau lecturer kononya nak pergi tandas, padahal kami balik hostel, balik tidur. Tidur itu lebih baik daripada studio work, haha, NATES weh! Konvo pun aku takda hati nak pi, tapi aku sedih ='( 

,,,,,,,,,
Habis belajar, aku kerja macam2, asalkan bukan construction. apa yang tak buat?, kerja kilang lah, kerani lah, berkuli lah, jaga kedai runcit lah, Masa aku kerja dengan mekanik dulu pun, aku dapat bos yang kaki maki, sergah orang saja, memalam tipon sergah orang, pukul 3 pagi pun aku tak tidur sebab terkejut, apa yang aku nampak? Walau aku cuba lari dari construction, kerja yang aku dapat pun pasti ada yang tak kena,  seolah-olah Allah nak hantarkan aku dalam construction,,,,




.
sampai offer tu mai lagi, kali ni Aunty Sarah dari syarikat Property Development & Construction, rezeki ni misteri ek? ?kali ni aku pergi ja temuduga tu sebab aku hairan, kenapa yang dok mai kat aku still construction walaupun dah berkali-kali aku tolak construction, okay done interview, dalam banyak-banyak form interview yang bertindan itu, aku terpilih kat syarikat tu, hehehe? .kau pelik tak? Aunty Sarah siap pesan buat kerja jujur dan amanah. 
Jangan buat kerja lot laq (bahasa Penang) = tak senonoh. 
Ya, aku memang jujur dan amanah tapi Aunty tu macam tau tau yang aku ni buat kerja tak senonoh, hehehe, siap pesan awal awal lagi, tetiba aku teringat kelaku aku zaman study dulu, disebabkan aku takmau further in construction lah aku buat kelaku macam tu. Mau takmau Allah dah tuliskan aku dengan ini, Aunty siap pesan lagi kat aku, huhuhu!

.

!aunty sarah mesej aku dari aku tak sampai opis lagi,  bila aku habis interviu, pesan take care berkali-kali, kirim salam kat Mak, sampai aku di pertengahan jalan nak balik rumah dia telefon bagitau yang aku dapat kerja tu,  she so excited, tapi aku tak rasa apa apa pun, sebab aku dah banyak kecewa, kenangkan doa aku yang tak dijawab, bukan ini yang aku nak. malam dia mesej lagi suruh aku tengok laman web. lepastu dia call pulak bergayut dengan aku, tanya macam mana environment tempat kerja, "rasa-rasanya Aimi boleh sesuaikan diri tak?" MasyaAllah. Kalau orang lain dapat kerja, ada tak orang lain buat macam tu? Ampa nak kerja ampa punya pasai lah, tapi aku? I am welcomed there, MasyaAllah. Bos pun baik yak amat. PemberianNya dtang kepada aku dalam keadaan manja manja...

So which of the favors of your Lord would you deny? 
-ar-Rahman 55:38

akhirnya....... terima saja construction dengan redha,  tak mampu nak tolak lagi,  mungkin rezeki aku tertulis dalam construction,, setiap apa yang jadi pasti ada hikmah, daripada benci jadi suka terus sebab perkara-perkara aneh yang jadi macam ni, pandang ini sebagai limpahan kasih sayangNya, baikkan Allah? Walaupun aku kerek, tolak pemberianNya berkali-kali tapi Dia tetap limpahkan kasih sayangNya tanpa jemu, pasti ada sebab kenapa Allah tujukan  untuk aku, walau sejauh mana aku cuba lari, construction tetap kejar aku 
;)

"Nasihat untuk para sahabat... Kalau kita ada rancangan... Allah juga ada rancangan untuk kita.. Maka semestinya rancangan Allah lebih baik... So jangan bersedih jika rancangan kita tak menjadi...." 






.walaupun dari kos pembinaan tapi rasa macam "starts from zero" huhu , kat dunia ni takda yang bukan ujian pun :) #bismillah 





2014

.semakin meningkat  usia aku, aku semakin mengecik  . 
bukan nak membesaq.
.petanda makin comel.



 .aku tak patut gundah gulana, sedih bila aku ingatkan doa aku yang Allah tak bagi, sebab pemberian yang Allah bagi selama ni aku tolak! Kenapa aku tak ingat semua tu?  Aku sedih fikir doa-doa aku, impian yang aku nak, sedangkan pemberian Dia dengan penuh kasih sayang aku tak terfikir. Yeah,  oh Allah if i lose my hope,  remind me that YOur plans are better than my dreams.

.abis cerita muhung , ikut ampa la nak percaya ka tak .

adiOs.




2 Orang Terkentut:

Ummi said...

ye..Allah merancang yang terbaik untuk Aimi.

Ummi said...

ye..Allah merancang yang terbaik untuk Aimi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD