CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 31, 2014

fleet management

bismillah ;

kawan-kawan tanya update  aku, buat apa sekarang? kenapa senyap kalau tak, kecoh kat FB. yup. dulu masa aku kecik-kecik semua aku taruk FB, sekarang dah makin besar walaupun tak besar mana, dah rasa takda apa nak kongsi, semakin takda rasa nak kongsi, segan pun ada. hihihihi. ini update aku letak sinilah semua, anggap je aku tulis sorang-sorang takda sapa pun baca ok.


aku sorang perempuan yang kerja dengan mekanik, yang sorang lagi perempuan kat sini bahagian HR. dua orang je perempuan kat tempat kerja.

harini meeting aku kena marah bos sebab arrange servis untuk bas dengan van sampai 'rush' mekanik. mekanik jadi teruk la sebab kena servis van dengan bas yang banyak tu. aku ikut arahan dia untuk siapkan cepat sebelum semua mekanik cuti CNY. bila jadi masalah, bos salahkan aku, dia cakap aku tak ikut arahan, bos memang terkenal dengan caranya yang pandai putar belit cerita untuk tutup kesalahannya. dia betul, dia bos. okay dia tak boleh salah.



lepas tu, masa balik aku mesej mekanik cakap 
'sorry, my mistake arrange servis macam tu sampai dorang kena rush' aku gitau la yang aku ikut arahan bos tapi bos dah putar belit cerita untuk tutup salah dia bila timbul masalah.

mekanik terus telefon, cakap dengan aku, you noe what, mekanik cakap ngan aku :

"jangan nangis, bos memang macam tu semua orang dah faham, ang nangis tak? ang nangis tak?"

tanya aku sampai macam tu.
aku cakap, aku tak nangis

"semua orang yang urus sebelum ang mesti nangis, kalau ang tak nangis, ang menang"

pastu aku dengar orang laki duk gelak gelak kat belakang, geng-geng depa la tu, hahaha, geram betul. erghhh. 






aku tipu. aku tipu.

:)

aku nangis sebenarnya tapi alhamdulillah air mata tu mengalir atas sejadah. aku takmo nangis kat orang, mungkin sebab aku tak reti tunjuk kat orang. aku nangis bimbang kerana kelemahan aku, aku susahkan orang lain. thankiu Allah, sebab hadirkan rasa ini, ini yang aku nak bila ada masalah, crying to Him like a baby. aku nak nangis kat Dia, bukan manusia. thankiu Allah, walaupun aku dapat  kerja yang sangat pressure tapi dari sudut lain Dia bagi orang-orang yang memahami, yang selalu dan selalu back up aku kat tempat kerja, aku tak dibiar sorang-sorang. :)

maaf yang selalu foloe blog aku, aku selalu ulang ayat ni, dah memang ayat ini selalu ada kaitan dengan hidupku...


Fa inna ma'al 'usri yusroo.
Inna ma'al 'usri yusroo.

94:5
94:6

Allah mengulangi 2x berturut-turut dalam satu surah : 
dalam kesusahan disertakan kesenangan 
(jadi jangan putus asa)
-Fedtri Yahya-






dulu aku belajar estimate building kot, sekarang aku kerja dengan mekanik. apa kaitan? letih, memang letih. dah tak peduli dah kawan merajuk tak reply whatsApp / mesej segala. i'm so dead. jaga hati sendiri. pls. jangan harap orang okay? aku bukan kawan yang baik, aku tak selalu ada masa untuk kawan  aku.

:)


hidup ni memang satu proses pembelajaran, hari- harinye pun aku mesti ada perkara baru yang aku belajar, bersahabat dengan spanar segala spare part sekarang, hahaha.


atas kelemahan aku, aku ceritakan pada Yan, roomate aku semester akhir.


introvert itu aku, kadang-kadang aku rasa aku bodoh.



30012014


B-Complex Shaklee

bismillah ;

selalu kita dengar, orang amalkan vitamin C, vitamin E dan collagen untuk kecantikan, tapi jangan tak tau, b-complex juga penting untuk memastikan kulit wajah kita cantik berseri.



setiap komponen dalam vitamin b complex memiliki fungsi khusus. vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

tanda - tanda kekurangan b complex
depresi
murung
insomnia
kurang selera makan
sembelit
masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
kurang konsentrasi
mudah tersinggung
melemahkan sistem saraf
mengganggu fungsi otak
pembentukan abnormal sel.
kurang konsentrasi



Datin Norjuma Habib : cantik dengan B-Complex

"Less is more, tak perlu mekap lebih-lebih. Saya dididik sedari kecil sentiasa mengambil supplemen seperti vitamin B-Complex selepas bersarapan pagi. Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah amalan wajibnya bagi menjamin kesihatan badan dan agar kulit tidak menjadi kering"
-Datin Norjuma-



See? Datin Norjuma pun konsisten untuk dapatkan kulit yang cantik ni... Yang penting istiqamah...
:)


khasiat B-Complex untuk kulit cantik :

anti stress
apabila kita stress urat-urat muka kite bekerja lebih kuat berbanding urat-urat ketika kita senyum, dan bila stress kite cenderung mengerutkan muka. kerutan-kerutan stress itu boleh menyebabkan kedut-kedut pada wajah. Stress juga boleh menyebabkan jerawat. tiada stress, tiadalah jerawat.

membantu melindungi kulit dari pancaran matahari
salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. kulit ini kalau kusam memang mengambil masa untuk dipulihkan, pengambilan b-complex sememangnye langkah bijak. lebih b-complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana b-complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'..

melancarkan peredaran darah
anda semua tentu tahu kan perjalananan darah yang baik menampakkan wajah lebih muda. sebab tu la kalau kita pergi buat facial, die end up treatment dengan facial massage. kenapa?? kerana dia nak stimulate blood circulation kita. perjalanan darah yang baik membantu kita kelihatan lebih muda, dan menghilangkan tekanan pada badan dan wajah.


........................................


pengambilan vitamin semulajadi adalah kaedah yang paling selamat untuk kita mendapatkan kulit yang cantik, di samping meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebelum mengambil apa-apa supplemen, pastikan anda kenalpasti dulu kandungannya yer, jangan ingat nak cantik sahaja. kalau cantik sekarang, tapi pelbagai penyakit menyerang di kemudian hari, apalah gunanya kan. semua orang nak cantik, tapi cantik dan sihat biarla seiring.

buatlah pilihan yang bijak.

pilihan saya, pastinya supplemen Shaklee kerana ianya dihasilkan 100% semulajadi tanpa sebarang perasa, pemanis atau pengawet tambahan.

Terbukti SELAMAT dan BERKESAN.



KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. mengelakkan penyakit beri-beri.
3. merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. mencegah stress.
7. menguatkan antibodi tubuh.
8. amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. merangsang pertumbuhan.
2. meningkatkan kemampuan berfikir.
3. memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. menambah tenaga.
2. mengurangkan stress.
3. melambatkan proses uban di rambut.
4. membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?
sebenarnya bau pada b complex adalah satu petanda yang sangat bagus. ini kerana ia memberi maksud bahawa b complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

vitamin b complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. jangan risau kerana ia adalah normal. ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin b complex tersebut.

sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

manakala untuk mengurangkan bau b-complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

jadi, ambillah b complex Shaklee tanpa ragu-ragu kerana b complexnya adalah lengkap dan asli. haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin b complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan-kesan seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

order terus, jangan tunggu lagi.

Aimi Ai.
whatsApp 012-4033922

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Labels