CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 23, 2017

Tentang Saie

bismillah, 
post daripada Ust Pahrol letak sini untuk rujukan saya, chill..


Kenapa sampai tujuh kali Siti Hajar berulang alik dari Safa dan Marwah?

Allah kurniakan kita akal dan ikhtiar, cuma jangan bergantung kepada keduanya. Yang memberi bekas Allah jua.

Berusaha sehabis daya tetapi jangan bergantung kepadanya. Pada kali pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh...hati Siti Hajar masih bergantung kepada makhluk.... kalau ada kafilah yang datang, jika ada manusia yang singgah.

Tapi selepas itu... harapannya musnah, dia tidak mengharap lagi kepada dunia dan manusia. Hatinya 'dipaksa' bergantung hanya kepada Allah.

Dan pada ketika itulah bantuan Allah datang dengan cara yang paling mudah. Hanya dengan hentakan kaki bayi kecilnya Ismail...lalu terpancarlah air.

Zam zam, zam zam, berkumpul, berkumpul...berkumpullah segala keberkatan dan kebaikan.

(Kata yang empunya riwayat, pada kemuncak tauhid itu lupalah Siti Hajar kepada persaingan madunya Siti Sarah, kesedihan ditinggalkan oleh suaminya Ibrahim...kerana hatinya puas dengan Allah!)

Zam-zam, zam-zam, berkumpullah kebaikan dan keberkatan... bila hati dipenuhi iman. Dan jalan ke situ dipenuhi penderitaan!



Allah mendidik kekuatan melalui perpisahan. Allah mengajar cinta melalui derita...

Begitulah di Saie itu pada Siti Hajar dan Ismail. Begitulah jua pada Ibrahim ketika meninggalkan mereka...

Agar seluruh dan sepenuh cinta hanya untukNya...kerana Tuhan sangat cemburu!

0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels