CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 28, 2017

24 Pesanan Dr Hamid Arshat ini dikongsi lebih 7000 orang dalam sejam!


( Perkongsian oleh Dr Hamid Arshad )

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT-PESAKIT SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar. Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin. Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar – bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan. Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan. Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian. Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga. Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer. Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit. Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan. http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan-makanan tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin” Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin





Sunday, March 5, 2017

Suka Bersendirian Adalah Ciri-Ciri Orang Bijak – Kajian

Seorang yang memiliki ciri-ciri ‘introvert’ antaranya bersikap lebih menyendiri dan tidak gemar bergaul dengan orang lain.

Menurut penulis artikel di HuffingtonPost, Carolyn Gregoire, berkata, bercanggah dengan perangai ekstrovert yang lebih mementingkan teman bercakap ataupun gemar berada di tempat ramai orang, si pendiam lebih berhati-hati memilih kawan dan hanya bercakap apabila perlu iaitu di hadapan rakan baiknya.


“Generasi muda yang introvert sebenarnya tidak gemar bercakap kosong dan lebih suka bersembang di media sosial yang mengutamakan sesi perbincangan atas talian tanpa perlu bersua. Mereka juga mempunyai daya pemikiran yang tajam dan selalu berfikir dengan teliti sebelum bercakap. Ini turut melabelkan mereka sebagai golongan cerdik pandai terutama apabila mereka sempat mengeluarkan kata-kata,” katanya.



Bukan antisosial.
Kebanyakan anak muda yang terbiasa dengan istilah ini pastinya melabelkan rakan mereka sebagai seorang yang bosan ataupun antisosial. Menurut Carolyn, tanggapan itu tidak berasas kerana bukan semua golongan introvert bersikap demikian. Ada saja antara mereka yang suka berkawan cuma ia bergantung sama ada mereka selesa bersama dengan individu yang baru dikenali itu ataupun sebaliknya.

“Di mana rata-rata anggapan menyifatkan golongan ini lebih suka menyendiri dan jadi antisosial, itu sebenarnya menunjukkan tanda-tanda di mana mereka perlu bersendirian untuk memperoleh idea dan menjana kreativiti. Itu sebabnya si pendiam lebih gemar berfikir daripada bercakap dan gemar berada di sekeliling rakan-rakan yang memahami.

Jelasnya lagi, kebanyakan mereka akan berasa letih dan tidak selesa apabila terlalu lama bersosial bersama ramai orang. Justeru, insiden itu menyebabkan mereka lebih gemar lakukan sesuatu perkara berseorangan. Namun, kini golongan berkenaan lebih tangkas mengatasi kelemahan mereka kerana terlalu banyak desakan daripada orang sekeliling dan juga sebagai langkah untuk menyesuaikan diri di tempat kerja.


Jati diri sendiri.
Tidak perlu rasanya kita ubah siapa diri kita semata-mata untuk mendapat perhatian orang lain. Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, 40 peratus tokoh yang berjaya seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg sebenarnya memiliki sifat-sifat ‘introvert’.
Justeru, setiap orang berjaya bukanlah bermakna mereka bijak bergaul mahupun banyak bercakap untuk menghiburkan orang lain tapi sebenarnya mereka yang selalu berhati-hati membuat penelitian. Namun, meneliti sikap yang dibincangkan di atas, tidak semuanya positif dan perlu dikekalkan.

Jika anda seorang yang pendiam dan terlalu suka bersendirian, itu juga menunjukkan tanda-tanda yang tidak elok pada karier dan perjalanan hidup.

Justeru, kekalkan beberapa ciri-ciri ‘introvert’ yang membawa nilai positif dan pada masa yang sama, ambil sedikit nilai ekstrovert iaitu berani dan gemar menambah kenalan untuk memperoleh ilmu pengetahuan serta memperluaskan pengalaman.

Tuesday, February 28, 2017

"Ramai Tanya Macam Mana Boleh Melahirkan Tiada Koyak, Hebat!" - Feeya Iskandar

Feeya menyatakan antara petua yang diamalkannya ketika mengandung adalah minum minyak kelapa dara apabila kandungan masuk 7 bulan ke atas. 
(Gambar: Feeya Iskandar - Facebook)


Pengalaman melahirkan anak pertama pastinya memberikan kenangan berbeza pada setiap ibu. Begitu juga, pengalaman dilalui deejay popular Sinar FM, Feeya Iskandar atau Cik Piah yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 7 Februari lalu. Apa yang menarik dikongsi Cik Piah bersama peminatnya adalah pengalamannya melahirkan Adam Malique secara normal tanpa mengalami koyak pada perineum yang perlu dijahit.

Cik Piah berkata ramai bertanyakan padanya tips atau petua tidak koyak sewaktu bersalin. Dia mengakui perasaan seram menyelubungi diri sebelum bersalin apabila mendengar pelbagai cerita menakutkan daripada pengalaman orang lain.

"Apabila kita dah lalui sendiri taklah ngeri mana, sakit tu memang sakit tapi sakit itu hilang apabila kita dapat tengok zuriat sendiri depan mata lagi-lagi ini anak sulung, orang kata 'confirm' kena gunting, lepas tu kau kena jahit, nak buang air besar pun susah nanti tapi alhamdulillah atas izin Allah, nak melahirkan Adam Malique ni tiada luka terkoyak dan kena jahit. Baby keluar 2.8 kilogram dan ramai juga tanya macam mana boleh tiada koyak, hebat. Saya tak hebat cuma rezeki saya bersalin tiada kena jahit," katanya menerusi akaun Facebook miliknya, malam tadi.

Tambahnya, antara petua yang diamalkannya ketika mengandung adalah minum minyak kelapa dara selepas kandungan masuk 7 bulan ke atas iaitu dengan meminum satu sudu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Kedua, jangan angkat punggung ketika melahirkan bayi. Apabila rahim sudah terbuka sebanyak 10 sentimeter, guna seluruh tenaga untuk meneran dan ketika sakit pada masa itu penting agar suami memegang isteri dalam wad bersalin untuk memberi kekuatan pada semangat isteri.

Ketiga, mengamalkan doa Nabi Yunus ketika mengandung sehingga bersalin meskipun tengah sakit mahu bersalin dan berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Keempat, meminta maaf dengan orang sekeliling sebelum bersalin dan meminta anggota keluarga, saudara dan rakan berdoa agar dipermudahkan ketika bersalin dan petua terakhir, berfikir positif terhadap kisah pengalaman orang lain, tenangkan diri dan buangkan perkara negatif.










Mama- mama boleh baca kebaikan VCO untuk ibu mengandung di sini ya..


Klik link tu..

Saya jual minyak kelapa dara Catalyst, ada liquid dan kapsul yah.
Boleh hubungi saya di nombor 

012-4033922


.
.


Sunday, January 1, 2017

Welcoming 2017.

Salam, MashaAllah .. Tengok last update September 2016, sekarang dah 1 January 2017. Maafkan saya. Sebab dalam fokus menjadi Tetamu Allah, saya dah kurang pada obses saya yang boleh merosakkan hubungan dengan Allah, dah mula fokus... Menulis blog bukan mudah, memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan lain-lain memandangkan saya ada komitmen lain. Boleh nak update ni sebab tengah karang cerita perjalanan umrah, ketika ini saya dalam MC lepas kemalangan, saya gunakan kelapangan itu untuk menulis. Ada juga entri yang saya tulis ketika saya uzur / tak boleh solat, masa yang panjang itu saya hanya blogging. Sekarang ni dah tak macam dulu, bila dah membesar, tanggungjawab makin berat dan banyak, ke sana, ke sini, ke hulu, ke hilir. Masa untuk diri pun curi-curi, curi-curi untuk nafas sendiri. 

Perjalanan umrah, saya akan share dekat dua platform iaitu blog dan Facebook, semoga tipsnya berguna walaupun tak sempurna, tengah finalize lagi mungkin ambil masa yang agak lama... jangan risau, insan-insan yang saya dah block dekat FB masih boleh membaca tulisan saya di blog, hehehe. kadang-kadang saya pelik dengan hati manusia, tak suka kita sampai ibadah kita dengan tuhan pun nak pertikai. Awak tu tak suka saya tapi awak tetap baca tulisan saya kat blog, saya tak marah awak tapi saya kesian. Haha. Kalau awak tak suka saya, awak boleh berhenti tengok saya. Berhenti sakitkan hati sendiri. 


Riak dan ikhlas.
Dua perkataan yang saya takut nak sebut lepas pernah terbaca status seorang novelis kegemaran, katanya riak dan ikhlas adalah rahsia Tuhan dalam hati, bagaimana boleh kita mendakwa seseorang itu riak? Benarkah awak tidak mengambil kerja Tuhan? Jika kita mendakwa seseorang itu riak, orang yang sepatut dirawat hatinya adalah awak, bukan yang didakwa.

Ikhlas pula seperti Surah Al-Ikhlas, tiada perkataan "ikhlas" dalam surah tersebut...


#2016bestnine on instagram






Definitely the highlight of my 2016, just one word SubhanAllah... Looking for a better years ahead...




*

Saturday, September 24, 2016

Dua.


Salam.


Nak habaq yang sebenarnya...
Lubang hidung saya ada dua kesemuanya...
*klik untuk tumbesaran lubang hidung yang lebih dahsyat.
#terfujilah


Sebenarnya banyak sangat topik nak update tapi takut jadi penyalahgunaan masa sebab Aimi sejenis manusia yang tak reti uruskan masa dan sejenis kakak yang tak pandai mengemas, bilik takkan makin kemas melainkan makin bersepah seperti tongkang pecah. :P

Ingat dulu lagi masa nak balik asrama, ambil semua baju nak letak kat sebelah, Mak yang masuk dan susunkan dalam bagasi. Sampai besar tak pandai mengemas. Sia-sia tak jadi perempuan? Saya harap tidak. Ni katanya tak update blog sebab takmau masa terbuang banyak tapi sebenarnya tak update blog pun, masa terbuang sia-sia kat aktiviti melagha yang lain. Erm, apa pun tak boleh. Hehehe. Sisi gelap Aimi.

Well semoga kita semua dalam keadaan kesihatan dan iman yang baik... Dah lewat ni, nak tidur. Wassalam..

;)







Sunday, September 4, 2016

Waiting For The Call


Salam.


Dah start list kan doa untuk berdoa di Tanah Suci, terbahagi kepada lima bahagian... dan tak semestinya tetap, akan berubah mengikut ilham yang datang

1. selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
2. doa untuk mak abah (keluarga)
3. doa untuk diri sendiri
4. doa untuk yang tersayang
5. doa untuk Ummah

Tu baru bahagian, dalam bahagian tu ada lagi pecahan maksudnya kita nak berdoa kat diri sendiri, mesti banyakkan? Kelemahan diri, nak dibaiki termasuklah bahagian orang-orang yang kita sayang, banyak kita nak minta... Orang yang kita sayang, tak mampu nak beri perhatian selengkap dan sempurna. Minta tolong Allah jagakan . :)



Bila Allah mengilhamkan kita untuk berdoa, 
hakikatnya DIA berhasrat untuk mengabulkan. 
-pahrol mohamad juoi



Okay masa AImi typing ni dah 4 September, masyaAllah cepatnya waktu berlalu. Aimi ingat lagi masa hari Aimi entitle company trip (awal Januari 2016) tapi terpaksa tolak sebab hari tu jugak dapat berita Mak dan Abah nak tunaikan umrah, memang nak sangat ke Tanah Suci bila dapat berita tu, Aimi nak menyelit gak ikut seolah-olah Allah bukakan jalan dan makbulkan doaku nak ke Tanah Suci. Saja cakap kat Mak minta Abah sponser Umrah, Abah oker jer, Mak cakap tak adil untuk adik badik lain so Aimi guna fulus sendirilah, hehe. Ingat lagikan awal Januari start buka lagu "Waiting For The Call" by Irfan Makki dalam kereta, perjalanan ke tempat kerja sambil airmata duk menitik dalam kereta, haha. Setiap kali dengar lagu tu mesti air mata bergenang. Sampailah sekarang Aimi ada lagi 3 bulan persiapan ke sana, dari Januari sekarang dah September, pantasnya waktu. maigosh. rasa macam aishh. Tak sempurna lagi, rasa macam tak layaknya. 



Allah, apakah kebaikan aku yang membuatkan aku dijemput ke Tanah Suci ya Allah? *nangis



Satu per satu proses dokumen dimudahkan, tinggal visa sahaja dan persediaan ilmu ke kursus umrah, pakaian duk konfius lagi. ==' 
Semoga Allah tetap mengiringi kami ke Sana hingga sempurna umrah kami dan, hingga kami melawat kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.


;)

dengan izin Mu jua ya Allah.

sekarang happy sangat dapat aktif blogging balik. undur diri dulu yah, nak buat persiapan kerja esok, iron baju dan sebagainya juga bilik yang macam tongkang pecah harus dikemas, hahah.

oh, Aimi pernah tulis pasal Umrah bulan March 2016 dalam pos ----> "bukan Pemuda Kahfi"

feel free to read, thank you.

gerak lue, pape roger. :P



Friday, September 2, 2016

Gadis Sepi Itu


Salam, my Aunt sent me this through whatsApp. :)
Katanya setiap bait menunjukkan 
karakter saya yang berdikari. :P


Gadis sepi
Disaat insan lain mengejar cinta 
Dia hanya melihat dengan mata 
Kadang-kadang dia terkesima dengan pertanyaan dan soalan 
"sampai bila kau begini"? 
yang kononnya ikhlas dari sahabat taulan 
.
Gadis sepi itu, 
aku lihat dia hanya tersenyum tenang 
di saat insan lain cintanya ditatang 
Dia bagaikan riang begitu
tanpa perlu berduka pilu 
.
Tak pernah sekelumit pun hatinya terluka 
kerana sepenuhnya milik Sang Esa 
tapi kita? 
cuba lihat diri kita !
.
Ramai yang menangis berduka kerana cinta 
padahal hakikatnya diri sendiri mencipta lara 
bahagia kononnya dicoret di kanvas hati 
akhirnya diri dan hati sendiri yang Maha rugi
.
Gadis sepi itu, 
berbeda dari semua wanita
dia kelihatan terlalu jauh dari kerakusan ambisi manusia 
Dirinya dididik begitu sempurna 
tanpa cela dan airmata. 
.
Aku tahu, 
Bukan mudah liku yang dia lalui 
Terlalu banyak onak dan duri 
Namun dia kelihatan lebih gagah sendiri 
.
Di saat para gadis mengejar cinta lelaki 
Dia lebih rela bersendiri bersama kasih Ilahi 
Jauh dari kesibukan hedonistik para remaja 
Namun, terlalu dekat dengan Yang Maha Kuasa. 
.
Itulah makna cinta bagi si dia 
si gadis sepi di birai jendela

.
.
.
.

"Cinta boleh menghancurkan persahabatan antara lelaki dan perempuan. Lihatlah Parmin dan Ngatinah. Pada mulanya mereka berkawan rapat. Setelah Parmin menyatakan rasa cintanya, Ngatinah membencinya."

Part paling 'highlight' muka surat 89 dalam novel "Jangan Biarkan Surau Ini Roboh." Taufiqurrahman Al-Azizy antara penulis Indonesia selain Asma Nadia, Salim A. Fillah, Tere Liye dan Habiburrahman El-Shirazy yang Aimi ikut kalau novel mereka relis Bahasa Malaysia. 😊




sejenis Kakak. #bukankakakkau



.
.
.
.
.
.




Sejenis Kakak yang suka simpan screenshot, 
lama-lama sekali dia akan baca dan senyum ;)





Saturday, August 20, 2016

Kebaikan VCO untuk ibu mengandung.




Bismillah, salam.


Pengambilan VCO Catalyst sangat bagus untuk ibu hamil dan insyaAllah tidak memudaratkan dan tidak mendatangkan kesan sampingan kerana VCO adalah  asli dan semulajadi tanpa kimia dan pengawet. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat sijil HALAL.


Pengambilan VCO 

semasa mengandung :
VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan ceria dan insyaAllah  memudahkan proses bersalin. (pengambilan minyak kelapa dara antara petua untuk memudahkan proses kelahiran). Ia juga boleh mengelakkan juandice (pramatang) kepada bayi. Masalah perut harimau atau strechmark dapat dikurangkan dengan sapuan. VCO Catalyst sangat bermanfaat kerana dikeluarkan dalam bentuk cecair dan kapsul.

semasa menyusukan (BF) :
Makan VCO seperti biasa baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit baby yang putih bersih . Sapukan VCO pada rambut bayi supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria menyerang ibu dan bayi.

semasa dalam pantang :
Amalkan VCO seperti biasa, tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari . Badan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil dan yang penting kulit akan sentiasa lembab dan tidak kering.



ini rupanya ye.. VCO cecair dan kapsul...



Antara kebaikan VCO untuk ibu-ibu mengandung :

-Menghilangkan parut, jerawat, bintik hitam & putih, kulit berminyak, kulit kering

-Menghilangkan strechmark

-Tiada masalah keputihan ketika hamil

-Mencegah rasa letih & mengantuk serta membekalkan tenaga segera 

-Mengurangkan "morning sickness" iaitu loya dan muntah di waktu pagi atau alahan yang teruk berlaku pada ibu hamil.

-Berupaya membaiki kadar asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

-Meningkatkan metabolisme badan.

-Proses bersalin secara normal menjadi mudah dan lancar.

-Mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (bayi pramatang)

-Mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.

-Mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang kehamilan.

-Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan.

-Meningkatkan kualiti kualiti persekitaran rahim & susu ibu

-Kulit bayi menjadi lembut dan mengurangkan masalah  juandise/demam kuning pada bayi.

-Sebagai minyak urut bagi rawatan ibu-ibu dalam pantang.

-Dapat mengelakkan kekejangan  dan rasa tegang semasa hamil (sapu pada betis & peha)

-Sapuan pada luka bersalin juga dapat mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan.


Haaa, bawah ni macam ada ringkasan sikit. 
Senanglah ibu-ibu bapak-bapak nak refer 
28 manfaat VCO Catalyst yang wajib anda ketahui 
mengikut kategori sebelum membeli 
VCO daripada saya :








RM46 ke Semenanjung.
RM49 ke SS.

WhatsApp saya ye di 012-4033922
Aimi .

Wassalam...

:P






Saturday, July 9, 2016

Just Engaged


Salam. 

 I'm having formally agreed to marry with the man i choose to spend my life with.

:)




Post ni dah lama dalam draft, baru nak publish. Actually takmau skip post sebab nak update raya. T_T

Seriousley tak ready jadi isteri orang dan tak percaya dah bertunang! Tapi urusan jodoh pertemuan dan ajal kan, tak siapa tahu dan sangka. Banyak benda yang aku ralat sebenarnya terutamanya kematian seorang rakan sekerja aku, Kamarul. Malam tu elok sembang, waktu sahur dapat berita dia kemalangan dan pergi bertemu Ilahi. Dan itulah antara perkara paling sedih, tak tahu pun Allah nak jemput dia, kalau tau nak sangat minta maaf sebab memanjang usik & buat dia sakit hati, sekarang dia kat alam lain manakan boleh ku pohon maaf. 

*mata masuk habuk. Eh apa sedih-sedih ni, ni post tentang pertunangan aku. 

Begitu juga dengan urusan jodoh, harini sayang esok benci, harini benci esok sayang. Kelmarin solo, harini dah bertunang. Mesti susah jugak nak percaya suatu hari nanti Aimi isteri orang. Bila Aimi dah mula mendewasa. :')

Mujur bertunang sahaja so dalam tempoh pegang title tunang orang dah boleh praktis memasak, bangun awal dan sebagainya. Haha.

I think he is the best man I choose to spend my life with, may Allah ease our journey.

.you.

The chosen one.

just engaged
27-05-2016

Aimi, to the next level.


Dress by: Fuzana Mokhtaza.
Photo by: TheLeiora



Saturday, April 16, 2016

Of all the pain you've suffered...



So here's a love letter from The Almighty...





'Āli `Imrān:195 
- Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".



'Āli `Imrān:200 
- Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Thabbit qulubana ya Rabb!


Salam .


Thursday, March 24, 2016

Bukan Pemuda Kahfi.

Salam.

Alhamdulillah, dah settle barang yang nak buat bulan lepas tapi baru ada kesempatan. Whats next? Tak sempat lagi cari lokasi tempat untuk aku hadiri kelas fotografi 1st April ni. Macam nak kelam kabut jugak haritu pun.




Hal dunia takkan pernah habis, bukan kita nak kejar sangat tapi asal tak menzalimi diri dan yang lain, kita cuba. Selalu sangat rasa penat, dalam hati meraung nak ada ruang untuk diri sendiri tapi inilah rezeki yang aku tak perasan, rezeki setiap masa terisi, setiap detik tak sia-sia.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? Ar-Rahman

Nak luah secara terperinci ni tak adil untuk beberapa pihak tapi cukup aku bagitau yang aku sendiri curi-curi masa untuk diri sendiri. Memang tak boleh kawin lagi masa sekarang ni, kalau kawin nanti takut laki terbiar sahaja. Yang sebenarnya cakap saja yang hang takut kawin. Haha. Dari dulu dah ada orang ajak kahwin tapi hati tu tak terbuka, tengoklah hati nak terbuka untuk siapa. Terbuka pun takpa, tak terbuka pun takpa. Dia punya level takut nak kahwin tu sampai tak heran jodoh atas dunia ada atau tak. Kalau aku cakap 'ya' rasanya dah lama aku bini orang tapi sekarang bukan masanya. Sekarang sibuk sangat. Takut? Cerita takut ni, takut kehidupan selesa bertukar sebaliknya dan sebab banyak juga dengar perempuan dizalimi. Aku tak suka dengar cerita tak elok, sekali dengar aku akan overthinking. Pray that Allah make your spouse a blessing not a trial. Erm, apa pulak topik kahwin ni, arghh.


Banyak perkara baru kita akan jumpa, kita pelajari tapi kita kena korbankan sesuatu, mungkin kita takkan dapat semua. Situasi aku, aku hampir dapat semua yang kebanyakan orang impi tapi terpaksa korbankan masa. Tenaga pun tak boleh nak support setiap perkara, akan ada yang terbatas. Jadi dewasa ni, kita akan cepat rasa penat dan jadi berkira dengan masa sendiri. Aku, aku pilih berikan masa aku untuk karier dan keluarga. Dan aku, terpaksa hilang ramai kawan.





Penat sangat

.weekdays 
.weekend

Selalu sangat terlintas nak tidur 300+ tahun, keluarkan diri daripada lingkungan pemerintah yang zalim, asingkan diri daripada orang-orang yang rosak akhlaknya, hilangkan diri dari dunia yang menyakitkan tapi

AKU BUKAN PEMUDA KAHFI.

''Dan berapa ramai orang yang rindu kembali kepada Allah kerana penderitaan di dunia''
-UNKNOWN

Dari sekarang, masih ada lebih kurang sebulan lagi untuk kawan-kawan sekerjaku berangkat ke Beijing dan ChiangMai mengikut kumpulan masing-masing tapi aku tidak menyertai mereka kerana kekangan cuti kerana lebih memilih untuk menyahut seruan ke Tanah Suci.

Dan aku masih ada beberapa bulan lagi untuk mempersiapkan diri menjadi Tetamu Allah. InsyaAllah sampai seru di usia 24 tahun. Dalam masa yang panjang ni macam-macam boleh jadi. Berserah segalanya kepada Allah.


Oh Allah, I am waiting for the call. 

Praying for the day when I can be near the Kaabah wall.

I can feel Islam running through my veins. 

Boleh jadi menaip dengan linangan air mata. Belum sampai lagi dah emosi. Agaknya apa perasaan dapat sampai ke tempat yang sangat kita rindu yang selama ini hanya dapat khabar daripada orang yang pernah sampai dan hanya dapat lihat dari kejauhan melalui gambar. 


Selamat malam semuanya, esok saya kerja. WomenWorking. Hehe. Penutup pos ni macam tetiba sangat. :P

Takpalah, kita tutup dengan ayat lain. :)


Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(34:39)


Friday, February 19, 2016

Missing you, my Fuji.


Salam.


Dear, I miss you already.

Sorry for not spending time with you as I'm busy focusing on my career, parents and family. Accompany my Sister and Mammy wherever they ask to during weekends, having too much hectic life even in my house as the renovation is in progress, preparing myself for one of my biggest event in life this December, insyaAllah. But don't worry, I promise to spend time with you as everything goes well. 

xOxO .aimi .ai.

But I guess this hectic lifestyle will remain the same till the end of this year.


I can say this is the time of my life. 

#2016


Terima kasih Allah, atas rezeki masa terluang, antara rezeki terbesar setiap detik bermakna... 

:)

#fujinon #fujifilm_xseries #fujifilm #fujixt1 #fujifilmxt1 #xt1 #fuji_my #fujifilm_my #fujimalaysia #fujifilmmalaysia 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD